Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Mohamed Nazir telah berkongsi gambar majlis pernikahannya dengan Yati Zainuddin.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Nazir Razak selepas bercerai dengan Azlina Aziz sebelum ini.
Baca Juga:
- Nabila Razali Terima Lamaran Kekasih: “I Said Yes”
- Pekerja Asing Kahwin Warga Tempatan Akan Dihalau Keluar Dari Malaysia
- Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak
Yati Zainudin merupakan pengasas syarikat kosmetik akhirnya disatukan dengan Nazir Razak, di mana mereka mereka pernah belajar bersama sama di UK.
Perkongsian menarik daripada Nazir Razak di mana beliau pernah merasa detik dijadikan ‘friendzoned’ oleh Fatin Zainuddin. Namun jodoh akhirnya memihak kepada mereka pada ketika ini.
Oleh sebab itu beliau menganggap kehidupan ini benar benar tidak dapat dijangka.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nazir menulis: “Saya telah berkahwin hari ini! Dengan Yati Zainudin.”
“Hidup ini sangat tidak dapat dijagnka. Kisah kami bermula pada pertengahan tahun 1980-an, ketika itu kami sama sama belajar di UK.”
Agak menarik apabila Nazir Razak sebenarnya pernah terkena sindrom Friend-zoned ketika zaman belajarnya. Di mana ketika itu beliau telah berusaha memikat hati Yati Zainuddin, namun mereka hanya sekadar kawan.
Siapa sangka setelah hampir 40 tahun kemudian, mereka akhirnya jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga.
Dalam siaran yang sama, Nazir menambah: “Di sebalik semua usaha terbaik saya, kami ketika itu cuma kawan sahaja. Kemudian kami mengikuti haluan kehidupan masih masing, dia di New York untuk 27 tahun lamanya.”
“Saya tidak pernah bermimpi, bahawa haluan kami bertembung sekali lagi, terutama sekali pada waktu ini. Takdir membawa kami bersama, rasa syukur kerana masih ada masa untuk membina kehidupan baharu sebagai pasangan hidup.”
“Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT di atas peluang ini.”
Akhir sekali Nazir Razak mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan doa dan ucapan.
“Terima kasih di atas ucapan yang kami terima. Kami sangat terharu dan akan mengambil masa untuk membalas ucapan anda.”
Majlis perkahwinan tersebut turut dihadiri oleh baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dan juga Raja Permaisuri Agong.