Selebriti terkenal Neelofa menyatakan bahawa dia sudah sedia untuk memulakan langkah mahu berbaik baik dengan Fazura.

Kedua dua artis sebelum ini pernah berselisih faham dan membawa kepada konflik yang sangat panjang.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Desas desus sebelum ini menyatakan bahawa konflik antara mereka berlaku ketika kedua duanya masih baru dalam industri hiburan tanah air lagi.

Bercakap kepada Harian Metro, Neelofa menegaskan bahawa dia sudah fikir balik tentang apa yang dilalui mereka. Dan ianya sudah berlaku berbelas tahun lamanya.

Dan beliau yakin sudah tiban masanya untuk dia melakukan sesuatu daripada terus menunggu berpuluh tahun lagi baru mahu berdamai.

“Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu,” tegas Neelofa lagi.

Neelofa sedia untuk melupakan segala sengketa yang berlaku antara mereka dan tidak sedia untuk bersemuka secara 4 mata dengan Fazura.

Sambil menekankan bahawa dia yakin Fazura pun sanggup untuk melakukan perkara yang sama.

Selain itu, Neelofa memikirkan tentang peminat daripada kedua dua mereka. Jika mereka berdamai, peminat mereka pun akan berdamai sekali dan.

Di samping itu Neelofa menjelaskan bahawa dia dan Fazura masing masing dan berkeluarga dan mahu meneruskan kehidupan mereka serta perniagaan.

Neelofa menambah: “Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya,” tegas beliau lagi.

Sambil menyatakan bahawa yang seringkali menjadi batu api adalah beberapa pihak luar.