Ireland, Norway, dan Sepanyol telah mengumumkan secara bersama bahawa mereka akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi mulai 28 Mei.

Sepanyol dan Ireland berkata keputusan itu bukan kerana mereka menentang Isr**l mahupun memihak kepada Ham*s, sebaliknya menyokong keamanan di negara tersebut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Isr**l bertindak balas dengan marah, memberi amaran tindakan itu bermakna lebih banyak ketidakstabilan di rantau itu dan memanggil pulang kesemuanya dutanya ke ketiga-tiga negara itu.

Ham*s dan kerajaan Palestin, telah mengalu-alukan pengiktirafan itu.

Norway adalah yang pertama membuat pengumumannya pada hari Rabu dalam langkah yang diselaraskan dengan dua negara lain.

Perdana Menteri Jonas Gahr Støre berkata dalam ucapannya bahawa langkah itu adalah untuk menyokong keamanan di Timur Tengah dan mencari penyelesaian segera.

Jonas menyeru keamanan di Isr**l dan Palestin sebagai negara yang berjiran.

Hari ini, Ireland dan Sepanyol mengikut jejak langkah Norway.

“Hari ini, kami menyatakan dengan jelas sokongan kami untuk hak sama rata untuk keselamatan, maruah, dan penentuan nasib sendiri oleh rakyat Palestin dan Isr**l,” kata Menteri Luar Ireland Micheál Martin.

Taoiseach (gelaran Perdana Menteri) negara itu Simon Harris kemudiannya menegaskan bahawa “Hamas bukan mewakili rakyat Palestin”.

“Keputusan hari ini untuk mengiktiraf Palestin diambil untuk membantu mewujudkan masa depan yang aman,” katanya.

@thenationalnews

Ireland, Spain and Norway have recognised the State of Palestine in a highly symbolic move amid the ongoing Gaza war. #irelandtiktok #spain #norway

♬ original sound – The National News – The National News

Ucapan Simon Harris itu disambut dengan sangat baik oleh rata rata netizen di ruangan komen. Mereka berterima kasih kepada 3 negara tersebut yang berani bersuara.

Komen Harris itu disokong oleh Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, yang berkata tindakan itu “bukan menentang Israel, bukan menentang Yahudi”.

“Ia tidak bermaksud kami memihak kepada Hamas, yang merupakan sesuatu yang telah diperkatakan sebelum ini. Pengiktirafan ini bukan memihak terhadap sesiapa, ia memihak kepada keamanan dan kewujudan bersama.”

Isr**l bertindak balas terhadap pengumuman itu dengan marah.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengecam tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol yang akan “menguntungkan keganasan” dan berkata ia tidak akan membawa keamanan.

Menteri Luar I*r*el Katz berkata beliau mengarahkan pemulangan segera duta Isr**l ke ketiga-tiga negara itu.

Isu kedaulatan negara Palestin telah meresahkan ramai masyarakat antarabangsa selama beberapa dekad.

Sejak serangan 7 Oktober, Perdana Menteri Isr**l, Benjamin Netanyahu telah menggandakan bantahannya terhadap rancangan sedemikian, dengan mengatakan penubuhan negara Palestin akan menjejaskan keselamatan Isr**l.