Negara memerlukan seorang ketua pemerintah yang kuat dan ‘tidak tercemar’ bagi memacu kembali ekonomi negara dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 yang kian meruncing ketika ini kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Bekas menteri kewangan kedua itu juga berkata pemilihan itu perlu memandangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sudah kehilangan sokongan UMNO, parti terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Krisis semasa dihadapi negara memerlukan kerajaan interim yang mengutamakan pemulihan ekonomi dan menyelamatkan nyawa, bukan bermain politik.
“Kita memerlukan seorang ketua yang boleh mempamerkan kepimpinan hebat dalam menguruskan krisis. Ini bukan tentang politik. Ini mengenai negara tercinta kita yang yang terus menderita kerana kepimpinan lemah.
“Seorang pemimpin hebat diperlukan untuk membawa rakyat keluar daripada penderitaan pandemik ini. Seorang pemimpin yang sihat, mempunyai imej bersih dan dihormati oleh rakyat, kakitangan awam, dan Ahli Parlimen,” katanya seperti dipetik portal FMT hari ini.
Berdasarkan krisis yang dihadapi Malaysia sekarang, Johari berkata negara memerlukan tenaga dan bakat segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik dalam membantu memulihkan kembali negara.
The individual to lead this interim government should also be someone who has no political baggage or self-interest, and has no intention to actively participate in the next general election. https://t.co/Kv3XRXcjx1
— Johari Abdul Ghani (@joharighani) June 16, 2021
“Kita memerlukan pemikiran mereka yang sudah berpengalaman dalam bidang yang mereka mahir sambil dibantu golongan muda profesional untuk kerajaan interim ini – tidak kira beliau dari parti politik PKR, DAP atau Amanah. Golongan profesional inilah yang kita perlukan untuk selamatkan negara kita.
“Kita tidak boleh dan perlu hentikan permainan politik demi survival negara. Tangan-tangan terbaik perlu sama-sama menggembleng tenaga ketika ini. Kesihatan serta kebajikan rakyat adalah keutamaan ketika ini.
“Ada pihak yang mahu atau mendesak pemerintahan Melayu-Islam semata-mata. Tetapi kita harus bersikap praktikal dan ingat pemerintahan Melayu-Islam tanpa bakat dan pengalaman yang diperlukan untuk menguruskan wabak ini, tidak akan membantu sesiapa pun, termasuk penduduk majoriti Melayu-Islam,” katanya.
Awal bulan ini, Malaysia telah berada di tempat terakhir daripada 50 negara dalam senarai Global Normalcy Index yang dikeluarkan oleh The Economist. Ia merupakan petunjuk bahawa negara sedang berdepan masalah memulihkan ekonomi dan menghadapi COVID-19.
Pandangan tentang program vaksinasi dan bantuan kerajaan
Penyampaian sumbangan bagi Bantuan Program kepada NGO-NGO didalam Parlimen Titiwangsa. Semoga persatuan-persatuan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat yang dikenal pasti memerlukan bantuan didalam Parlimen Titiwangsa. pic.twitter.com/ej2SMLVXOG
— Johari Abdul Ghani (@joharighani) July 3, 2021
Lockdown yang berterusan seluruh negara dilihat tidak lagi efektif dan vaksinasi di lokasi berkepadatan tinggi perlu dipercepatkan. “Jik negara pantas menghasilkan herd imunity dengan lebih 73% rakyat sudah menerima suntikan, kita dapat buka semula bisnes dengan lebih pantas dan tanpa gangguan. Secara tidak langsung galakkan kembali ekonomi.
“Vaksinasi adalah kunci kejayaan dan perlu dilakukan secara telus. Jika kerajaan perlu bayar tinggi untuk dapatkan stok vaksin dengan lebih cepat, bayar sahaja. Tetapi ia perlu diluluskan dan diedarkan dengan cara yang betul supaya tiada yang kaut keuntungan di atas penderitaan orang lain,” tambahnya.
Seiring berlangsungnya program vaksinasi dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bantuan untuk mereka yang terkesan ekoran pelbagai sekatan bukan saja perlu dipercepat, namun harus memenuhi keperluan untuk membolehkan mereka kembali berdikari.
Johari turut berkata, apa saja keputusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen ketika ini akan dipantau dengan teliti oleh rakyat, terutamanya Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan penting dalam pengurusan COVID-19.
“Sekiranya kerenah birokrasi menjadi masalah untuk menyampaikan bantuan secara berkesan, prosedur berkenaan harus dipermudah atau dimansuhkan, demi memastikan tidak ada sesiapa yang terpaksa tidur kelaparan,” katanya.
Ini pula pandangan Datuk Johari Abdul Ghani berkenaan masa depan e-dagang. Baca lagi pada pautan di bawah.
Ini Sudut Pandang Datuk Seri Johari Abdul Ghani Mengenai Masa Depan Dan Kepentingan E-Dagang
Pengarah Mydin Kongsi Kisah Rakyat Curi Ikan Dan Sayur Untuk Kelangsungan Hidup
Mahu Kurangkan Penularan COVID-19, Media Prima Jayakan Program Vaksinasi Kepada 1,500 Kakitangan