Hari ini, tanggal 31 Ogos, merupakan tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Kita meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-68 sebagai peringatan dan penghargaan kepada segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh dan rakyat terdahulu demi mencapai kemerdekaan.
Oleh itu, di sejumlah tempat seperti di taman KLCC yang bakal mengadakan pertunjukan bunga api dengan penuh kemeriahan pada setiap tahun.
Hal ini bagaimanapun telah membuatkan seorang pelancong wanita dari Filipina merasa terkejut dengan kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan yang cukup hebat oleh warga tempatan di negara ini.
“Ini adalah sesuatu yang gila untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Anda boleh lihat sendiri betapa bermakan buat Malaysia. Ini membuatkan saya berfikir bagaimana berbezanya cara kami sambut di negara asal,” luah wanita itu.
Di dalam video itu, kelihatan ribuan orang ramai dari pelbagai lapisan bangsa memenuhi kawasan menara berkembar KLCC untuk menunggu detik 12 pagi untuk menyambut kemuncak sambutan bulan kemerdekaan.
@noreenslens Dangggg! The pride, the unity, the passion 🇲🇾
Perkara ini langsung membuatkan warga tempatan tertanya-tanya mengapa wanita itu berkata sedemikian dan menyoal bagaimana pula rutin rakyat di Filipina menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap tahun.
Inilah respon yang diberikan oleh wanita itu “Secara peribadi, saya tidak kenal sesiapa pun yang betul-betul pergi ke perbarisan atau acara menaikkan bendera, dan bukan juga setiap isi rumah menjadikan ia satu kemestian untuk menghadiri acara-acara awam. Kebanyakan daripada kita hanya tahu ia adalah hari cuti = tiada kerja, tiada sekolah.”
Jadi logiklah kalau wanita itu sangat terkejut melihat bagaimaana cara rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan kerana jauh perbezaan dengan negara asalnya yang hanya menganggap Hari Kemerdekaan sebagai satu cuti umum sahaja tanpa memberi mana yang mendalam.
Perkara ini terbukti apabila banyak rumah dan kenderaan yang memasang bendera Malaysia tercinta dengan bangga. Malah, ada yang sanggup datang ke raptai dan hadir ke pertunjukan pembarisan untuk perarakan 31 Ogos hari ini.