Tular sebuah video di media sosial seorang nenek dipukul oleh seorang lelaki didakwa pemilik sebuah kawasan glamping.

Difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku di The Baruh Glamping, Melaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki memukul seorang nenek beberapa kali di bahagian muka sebelum beliau masuk ke perkarangan rumah.

Video pendek 30 saat itu kemudiannya telah mencetuskan perdebatan di antara netizen dan kebanyakan mereka marah dengan apa yang berlaku ke atas nenek tersebut.

Berikut adalah penjelasan dari pihak glamping, cucu kepada pekerja yang dipukul dan cucu kepada nenek yang kena pukul.

Pihak Glamping

Melalui perkongsian pihak The Baruh Glamping, difahamkan bahawa pergaduhan berlaku apabila nenek tersebut difahamkan telah bertindak memukul salah seorang pekerja The Baruh.

Dalam masa yang sama juga, video yang tular di media sosial tersebut telah disunting agar menampakkan bahawa kesalahan adalah daripada pihak The Baruh.

“Pencerahan tentang video yang dikongsi di sos media. Nak cerita sebenar. Tengok video ni. Jgn tgk video yg di crop. Lepas tu buat jadi mangsa keadaan.

“Nenek tua cina ni pukul nenek yg bekerja di glamping kami. Nenek yg di pukul itu umur 70 tahun Nampak tak dia bawa kayu. Video yg pihak sana share dah crop!

“Tunjuk dia kene pukul. Padahal pihak kami halau dia dan rampas kayu agar dia tidak pukul lagi.”

Melalui pihak The Baruh, pergaduhan di antara dua pihak ini sudah bertahun terjadi.

“Perkara ini dah bertahun ya. Jiran kami hasut semua orang dan mengadu kami buat kotor tepi glamping. Kami kemas kawasan sekitar glamping agar tak de ular, dan binatang lain utk keselamatan bersama. Tuduh kami buang sampah!” Katanya.

Pihak glamping mendakwa tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri.

“Hari ni sgt melampau sampai pukul staff glamping. Kami sekadar mempertahankan diri. Berlaku pergelutan tapi video di crop agar nampak pihak jiran kami tak salah,” katanya.

Cucu Kepada Pekerja Yang Dipukul

Melalui perkongsian Muhammad Amirul Fathi, beliau difahamkan adalah cucu kepada pekerja yang dipukul tersebut.

Difahamkan bahawa pekerja tersebut adalah nenek kepada Muhammad Fathi, beliau yang tidak berpuas hati neneknya dipukul telah bertindak balas dengan perbuatan jirannya mereka tersebut.

“Korang tengok video ni dan nilai kan sendiri siapa betul siapa salah….? Orang tua Cina gila ni pegang kayu nak bantai nenek aku…. Dengan segeralah aku ambil tindakan….

“Alasannya Dia marah nenek aku kemas kawasan belakang tepi pagar kemside kita orang dia kata tu tanah dia lah apa lah….

“Padahal tu tuan tanah orang lain dan tuan tanah tu pon berterima kasih kepada pihak kami sebab selalu kemaskan tanah dia yg selalu semak tu….

“Kalau mak korang dah nak kene bantai dengan kayu macam cina gila ni….? Boleh ke korang nak duduk tengok jer dan tak buat apa2 tindakan….?” Tanya beliau.

Penjelasan Cucu Nenek Yang Dipukul

Melalui perkongsian cucu kepada nenek yang dipukul, Grace Tai, difahamkan bahawa masalah ini sebenarnya sudah berlarutan sangat lama.

Ia bermula dari isu sampah yang dibakar di belakang rumah mereka dan telah menjejaskan kesihatan nenek beliau.

“Sejak pembukaan The Baruh, premis tersebut tidak bertanggungjawab dalam menangani sampah premis, bahan buangan dan sisa pengubahsuaian.

“Selain bunyi bising yang dihasilkan dan semua sisa yang dibuang ke belakang rumah kami, perkara terteruk ialah mereka mengendalikan sampah-sampah melalui pembakaran terbuka di belakang rumah kami hampir setiap hari,” katanya.

Perbincangan dengan pemilik glamping telah dilakukan dan laporan kepada Jabatan Alam Sekitar juga telah dibuatm namun jalannya buntu.

“Dari berunding dengan pemilik sejak awalnya, sehingga bertengkar dengan mereka, sampai melaporkan kes kepada Biro Alam Sekitar, yang kita dapat cumanya: “kami telah mengeluarkan surat amaran”.

“Dan ini sama sekali tidak berkesan dan tidak membantu langsung. Ia hanya membenarkan tingkah laku yang lebih berleluasa daripada mereka.

“Malah, semua tindakan kotor ini dilakukan dengan lagi kerap sebagai dendam kerana laporan yang kami buat sebelum ini,” katanya.

Namun kejadian neneknya dipukul adalah puncak kepada barah yang sudah lama berlangsung dan ia sememang tidak boleh diterima.

“Perkara paling keterlaluan yang berlaku pada hari ini, 28 Jan 2024 – The Baruh bertindak dan membelasah nenek saya ketika dia bersendirian di rumah. Ini adalah jenayah, dan tidak boleh diterima.

“Sila tonton video saya. Anak lelaki pemilik The Baruh menumbuk dan menendang seorang wanita berusia 80 tahun dengan sekuat tenaganya, menendang nenek ke tanah, dan memprovokasi dia untuk menghubungi polis,” katanya.

Sejak laporan ini ditulis, difahamkan bahawa pihak-pihak yang terkesan dengan kejadian ini telah pun membuat laporan polis.

Setakat ini tiada apa-apa kenyataan rasmi dari pihak polis.