Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terkejut dan kecewa dengan tindakan Iran melepaskan serangan balas.

Pada Sabtu, Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat-Israel.

Sebbegai respon, pada Isnin, Iran melancarkan beberapa misil di ruang udara Tel Aviv. Israel memaklumkan bahawa mereka mengesan peluru berpandu baharu dilancarkan dari Iran.

Tindakan itu dianggap benar benar mengejutkan Netanyahu yang mendapati bahawa Iran benar benar memiliki aset ketenteraan yang di luar jangkaan mereka.

Selain itu Tel Aviv juga kecewa kerana serangan Iran dianggap terlalu ‘all out’ dan berantai.

Lalu Tel Aviv segera mengarahkan rakyatnya bersembunyi di ‘bunker’ untuk keselamatan diri.

Kementerian Luar Israel mendedahkan bahawa peluru balistik Iran memliki jarak serangan yang sangat jauh melangkaui timur tengah, malah sampai ke beberapa negara Eropah.

Lantas Tel Aviv segera melabel: “Rejim Ayatollah di Iran adalah ancaman kepada keamanan dunia.”

“Sebentar tadi, IDF mengenal pasti peluru berpandu dilancarkan dari Iran ke arah wilayah Negara Israel. Sistem pertahanan sedang beroperasi untuk memintas ancaman itu,” menurut kenyataan IDF.

IRC turut mengumumkan bahawa operasi ketenteraan Iran turut menyasarkan pejabat Netanyahu.

Netanyahu kemudian meminta rakyat Iran bersama sama dengan mereka untuk menjatuhkan kerajaan semasa Iran.

Dia berkata: “Kami akan mewujudkan keadaan yang membolehkan rakyat Iran yang berani membebaskan diri daripada cengkaman rejim pembunuh ini. Kejatuhan rejim Islam itu adalah matlamat terakhir.”

EU anggap Iran bertindak melulu

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengecam “serangan melulu dan tidak berpilih oleh Iran serta proksinya terhadap wilayah berdaulat di seluruh rantau ini,” selepas serangan mengenai pangkalan udara Britain di Cyprus dan sebuah fasiliti minyak Arab Saudi.

“Kita mesti berusaha keras untuk meredakan ketegangan dan mengelakkan konflik daripada terus merebak,” katanya kepada wartawan di Brussels, sambil memberi amaran bahawa “kestabilan rantau ini amat penting.”

Sekurang-kurangnya 555 orang terkorban di Iran setakat ini akibat kempen ketenteraan Amerika Syarikat-Israel, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Iran.

Keadaan di negara serantau yang turut bergolak

Israel dan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan ke atas sasaran di seluruh Iran sejak Sabtu. Perang yang tercetus susulan pembunuhan Khamenei kini merebak ke seluruh rantau itu, dengan letupan dilaporkan di Dubai, Bahrain, Iraq dan lokasi lain.

Terdahulu, asap hitam kelihatan naik dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuwait, manakala pesawat perang AS dilaporkan terhempas tanpa menyebabkan korban jiwa, ketika Iran meneruskan hari ketiga serangan balas di Teluk.

Sebuah pangkalan tentera AS dan sebuah stesen janakuasa turut menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai peningkatan paling dramatik bagi negara kecil Teluk itu dalam beberapa dekad, selepas pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003 dan cubaan Baghdad menawan Kuwait pada 1990.

Letupan turut kedengaran di bandar-bandar Teluk seperti Abu Dhabi, Dubai, Doha dan Manama ketika Iran menyasarkan sekutu-sekutu Amerika di rantau itu susulan pembunuhan pemimpin tertingginya.

Pegawai kedutaan AS sedang bersembunyi

Kedutaan AS di Kuwait tidak mengumumkan bahawa ia telah diserang, namun mengeluarkan amaran keselamatan supaya orang ramai menjauhi kawasan tersebut.

“Terdapat ancaman berterusan serangan peluru berpandu dan UAV (drone) di Kuwait. Jangan datang ke kedutaan,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa kakitangan kedutaan AS sedang berlindung di tempat masing-masing.

Serangan Iran setakat ini telah mengorbankan lima orang di rantau Teluk, menurut pihak berkuasa, termasuk seorang mangsa di Kuwait.