Benjamin Netanyahu dimalukan secara beramai ramai di dewan PBB .

Sidang Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikejutkan dengan tindakan keluar dewan (walk-out) secara beramai-ramai oleh sejumlah delegasi ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mula menyampaikan ucapannya.

Insiden itu berlaku sebaik sahaja Netanyahu berdiri di podium dan membuat ucapan.

Delegasi daripada beberapa negara, termasuk Indonesia, anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab serta negara-negara Gerakan Berkecuali, bangun dan meninggalkan dewan sebagai tanda protes.

Langkah itu dilihat sebagai mesej politik yang jelas terhadap dasar Israel di Gaza dan Tebing Barat, khususnya operasi ketenteraan yang telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam Palestin sejak tahun lalu.

Netanyahu memulakan ucapannya dengan terus menyindir bahawa persidangan PBB kali ini dengan berkata: “Bagi orang Palestin bangunan gelap PBB ini adalah mahkamah mereka sendiri. Mereka tahu bahawa dalam gerombolan yang penuh dengan kebencian antisemitik ini, sentiasa ada majoriti automatik yang sanggup memburuukan Negara Yahudi dalam apa jua perkara.”

Sebaik sahaja mendengar ucapan mengarutnya, itu, ramai perwakilan terus beredar. Dan kelihatan Netanyahu menebalkan sahaja mukanya untuk meneruskan ucapannya di dalam dewan yang lenggang.

Media antarabangsa melaporkan suasana dewan menjadi tegang, namun ucapan Netanyahu tetap diteruskan di hadapan sebahagian kecil delegasi yang masih kekal di tempat duduk.

Dalam ucapannya, dua menegaskan pendirian Israel terhadap Hamas dan menolak tekanan antarabangsa berhubung konflik berlarutan tersebut.

Tindakan walk-out ini bukan kali pertama dilakukan di PBB, namun kali ini jumlah delegasi yang melakukannya sangat ramai. Tanda bahawa semakin ramai yang menyampah dengan negara haram tersebut.

Sebelum ini Netanyahu dan AS tidak hadir  ke sesi pembentangan usul untuk  mengiktiraf negara Palestin.