Jika pada tahun lepas, Netflix memperkenalkan ciri muat turun pintar pada peranti Android sahaja, namun kini Netflix akan melancarkan juga ciri tersebut kepada iOS untuk memudahkan para pengguna Netflix.

Ciri yang diperkenalkan oleh Netflix ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan usaha untuk anda mencari kembali fail lama dan membersihkannya secara manual sekaligus memudahkan anda untuk menonton episod yang seterusnya dengan lebih cepat. Ini merupakan cara yang paling berkesan untuk mengurangkan jumlah storan yang digunakan oleh Netflix di dalam peranti anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: idownloadblog

Hal ini kerana, ciri yang diperkenalkan Netflix ini boleh ditukar dan dimatikan daripada bahagian aplikasi muat turun dan secara automatik ianya akan memadamkan setiap episod yang dimuat turun ketika anda menontonnya. Begitu juga apabila anda menyambung peranti anda ke Wi-Fi, ciri ini akan secara automatik memuat turun episod seterusnya dalam siri tersebut.

Dengan itu, anda boleh menukar ciri di Netflix sekiranya anda berniat untuk menonton sesetengah episod itu berulang kali.