Semenjak program ‘Tidying Up with Marie Kondo’ disiarkan di Netflix, semakin ramai penonton yang terinspirasi dengan gaya penyusunan Marie Kondo dan menarik lebih ramai penonton. Sedar dengan pertambahan bilangan penonton setiap hari, Netflix kini mengumumkan hadiah khas buat penonton program tersebut.

Netflix bakal memilih pemenang bertuah berdasarkan penyertaan di Instagram. Jika anda berminat untuk merebut peluang ini, anda hanya perlu mengambil gambar ruangan bilik atau objek yang berkaitan dengan konsep “spark joy” dan disertakan dengan caption mengenai perkara tersebut. #GotJoy juga perlu disertakan di dalam caption untuk memudahkan penganjur menilai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini sebanyak lebih 140,000 gambar dimuatnaik di Instagram. Anda juga boleh memuatnaik penyertaan anda di laman web Got Joy.

https://www.instagram.com/p/BtQJEbwhG7j/

https://www.instagram.com/p/BtXR-WcAz0o/

Sumber