Boleh dikatakan pada saban minggu kita boleh melihat festival makanan diadakan dengan cukup meriah berserta pelbagai aneka makanan dijual.

Namun, satu hantaran di x memperlihatkan seorang individu memberi pandangannya mengenai harga makanan dijual di festival seperti itu.

Baca Juga:

Individu itu berkata dia telah pergi ke sebuah festival dan mengeluh harga makanan yang dijual bermula RM15 sehingga RM55. Sedangkan makanan di situ sama seperti yang dijual di pasar malam malah harganya juga lagi mahal.

“Tak, sekarang ni siapa yang tetapkan harga makanan dekat karnival makanan kenakan dalam sekitar RM15 ke RM55 ni kita perlu bincang denyan serius . Padahal karnival makanan ni dah macam pasar malam je taw tapi kenapa harga lagi mahal dari dalam pasaraya?,” soalnya lagi.

Selain itu, dia telah membeli lapan jenis makanan yang berharga bermula RM5 (donat gebu) sehinggalah RM25 (kunafa). Dia juga ternampak lamb shank dijual dengan harga RM55.

“Bayangkan ayah-ayah yang kena bawa anak 3 ke 4 orang pergi karnival makanan macam ni. RM200 paling kurang akan habis. Buatnya anak kau nak pulak cromboloni atau makanan viral, meninggal dik.

Beliau masih memuji makanan yang dijual memang sedap tetapi harganya didapati tidak rasional hanya kerana disebabkan caj tapak yang tinggi.

Swmentara di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan harga mahal yang dicaj di food festival. Ada yang memberitahu faktor makanan dijual mahal adalah disebabkan sewa tapak yang mahal dikenakan oleh pihak penganjur yang mencecah RM1,000 sehari.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Oleh itu, ada yang mendedahkan mereka sudah tidak datang lagi ke festival makanan lagi kerana serik dengan harga makanan yang mahal dan mahu berjimat.