Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga, sekali-sekala anda pasti pernah bergaduh dengan pasangan. Namun, kita perlu berpada-pada dalam sesuatu perkara agar tidak menyusahkan orang lain pula.

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita kelihatan merajuk sambil berjalan di sisi jalan raya sementara dipujuk oleh pasangannya.

Baca Juga:

Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana tindakan tersebut telah menyebabkan laluan terbabit menjadi sesak kerana pemandu yang memujuk wanita itu bergerak terlalu perlahan.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat beberapa kereta di belakangnya terpaksa beratur panjang dek “drama” tersebut. Malah, ada sebahagian kereta terpaksa masuk ke laluan sebelah terlebih dahulu  dan memotong kereta terbabit lalu masuk ke laluan kiri semula.

Hal ini sekaligus mengundang kecaman daripada para netizen kerana menggangap wanita itu bersikap mementingkan diri sendiri dan terlalu mengikut perasaan egonya. Bahkan, ramai menasihatkan agar wanita itu berlapang dada dan menyelesaikan masalah secara tertutup.

Sumber Gambar: X @jnmalaysia
Sumber Gambar: X @jnmalaysia

Ada juga yang memberi komen sinis bahawa senario yang berbeza akan berlaku kepada wanita itu jika mendapat pasangan yang tegas di mana sudah pasti akan meninggalkan dia begitu sahaja.

Masih tidak diketahui adakah ia sekadar gimik atau sebaliknya?Diharapkan perkara ini tidak berulang-lagi kerana jalan raya bukanlah tempat yang selamat untuk berjalan di samping sentiasa dipenuhi kenderaan lain sekaligus boleh membahayakan nyawa masing-masing.

Sumber