Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti semua sudah mengenali ikon anak muda yang menjadi inspirasi semua golongan termasuk kaum wanita.
Khairul Aming atau pemilik Sambal Nyet turut tidak terlepas dari dilanda kontroversi yang ditimbulkan oleh netizen.
Baru-baru ini, meraih perhatian netizen setelah memuat naik video di media soaial mengenai percutiannya yang dinamakan Jelajah London dan Paris.
Dalam salah satu video yang dikongsinya, Khairulaming sempat singgah di salah satu kafe terkemuka yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di sana. Dalam video itu, beliau memesan roti croissant dan dinikmati bersama air cokelat panas. Selepas itu, beliau juga sempat menikmati macaroon yang dijual di salah satu bakeri di sana.
Ni salah satu aktiviti yang sempat buat kat Paris hari tu : Croissant cicah hot chocolate, Macaron Laduree, tengok eiffel tower waktu malam, and visit surrounding landmarks. Full details dalam video: pic.twitter.com/guzc1kAAi3
— Khairulaming (@khairulaming) December 4, 2022
Namun, menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen memberikan komen ‘panas’ serta mendakwa makanan yang dimakan oleh Khairul Aming itu tidak halal dan Khairulaming perlu lebih berhati-hati memilih tempat makan di sana.
Dalam pada itu, netizen yang lebih berpengalaman tentang selok-belok makanan di Eropah berkata makanan seperti roti biasanya tidak mengandungi bahan tidak halal atau bahan berasaskan daging. Jadi, makanan paling ‘selamat’ untuk dimakan adalah roti jika berada di luar negara.
Mengakhiri video tersebut, Khairulaming menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat Sambal Nyet yang sentiasa memberi sokongan kepada produknya itu kerana tanpa sokongan mereka, tidak mungkin beliau dapat menjejakkan kaki ke bandar Paris dan London.