Sejak kebelakangan ini, isu kalimah Allah kerap menjadi bualan di dalam masyarakat. Namun, sesetengah individu  dilihat terlalu ekstrem apabila habis semua bentuk seakannya dituduh sebagai menghina agama Islam.

Terkini, seorang pengguna X berkongsi satu tangkap layar memperlihatkan seseorang individu yang mendakwa wujudnya kalimah pada baju kolaborasi jenama Cheetah dengan kartun We Bare Bears.

Menerusinya, pengguna FB itu telah menyebarkan maklumat salah itu dengan mendakwa tag baju yang dibelinya terdapat lambang kalimah Allah walhal itu hanyalah huruf W dengan gaya seni tersendiri.

Difahamkan individu terbabit menyebarkan dakwaan tersebur di grup Facebook Kuala Terengganu Residen.

“Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu. Kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC itu, molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok molek tep (tag) di baju.

“Baju ini saya beli dekat KTCC bahagian Pacific, Cubasetmung tengok molek lambang itu, memang betul nama Allah SWT,” katanya yang merujuk kepada perkataan ‘We (kami) dalam jenama tersebut.

Sumber Gambar: TikTok AbdQuddusMatIsa

Susulan itu, ramai netizen yang membidas individu itu kerana dakwaan yang tular itu tidak benar dan palsu kerana pakaian kolaborasi jenama Cheetah dengan kartun We Bare Bears hanyalah sekadar huruf berangkai biasa dan bukannya kalimah Allah seperti yang didakwa.

Sumber Gambar: TikTok AbdQuddusMatIsa
Sumber Gambar: TikTok AbdQuddusMatIsa

Ada yang meminta agar orang ramai untuk lebih rasional dalam membuat sesuatu dakwaan dan bukannya mengikut perasaan semata-mata.