Tular di media sosial pada ketika ini gambar kesan rekahan semakin membesar di sebuah fly over Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) di Jalan Cheras.
Menerusi perkongsian X.com @update11111, gambar yang baru diambil pada bulan Jun ini mempunyai kesan rekahan yang semakin panjang berbanding gambar yang ada di aplikasi Google Maps pada April 2024 lalu.
Bukan sahaja rekahan semakin memanjang, binaan itu juga kelihatan seperti sudah melengkung ke bawah.
Eh flyover ni makin besar crack ke?
Member tadi tengok.
Dekat Jalan Cheras.Gambr First April 2024
Gambr Second June 2024https://t.co/jBfFZEmze9Kredit: Abdul Rahman A Samad pic.twitter.com/Rz1yOPuKw3
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 7, 2024
Hantaran x.com itu membuatkan ramai orang berasa bimbang dengan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu, sama ada di darat mahupun di ‘udara’.
Pada masa sama netizen meminta pihak berkuasa untuk segera melihat kawasan terjejas itu untuk ambil tindakan lanjut.
Memandangkan cuaca yang kurang menentu pada hari ini, ia boleh menyumbang lebih banyak kerosakan pada binaan itu dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.
Saya amat memandang serius perkara ini.
Saya telah mengarahkan @LLMrasmi dan syarikat konsesi lebuhraya SPE untuk turun ke tapak pada malam ini juga bagi membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.
Keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat… https://t.co/Eb7tl8WoRo
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) June 7, 2024
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dalam satu siaran media sosial di X semalam, berkata beliau memandang serius perkara itu kerana mengambil berat tentang keselamatan semua orang terutama pengguna jalan raya.