Tular satu klip video dashcam memaparkan seorang kanak-kanak kena langgar dua buah kenderaan selepas ‘terkeluar’ daripada kereta yang dinaiki.

Dalam rakaman dashcam berdurasi lebih 1 minit itu, semasa sebuah Honda City sedang membuat U-turn, pintu penumpang kiri terbuka dan seorang kanak-kanak terjatuh di atas jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemudian kanak-kanak malang itu kena langgar sedikit oleh sebuah Honda City. Tidak lama kanak-kanak itu berdiri, sekali lagi dia dilanggar oleh Perodua Ativa sehingga tercampak ke hadapan.

Insiden itu menyebabkan orang ramai berasa cemas serta bimbang dengan keadaan kanak-kanak tersebut.

Ramai risau akan kecederaan yang dialaminya selepas dilanggar dua kali dalam masa selang beberapa saat.

Orang ramai mengecam kecuaian orang dewasa di dalam kereta itu yang mengabaikan keselamatan, pintu penumpang tidak dipastikan berkunci sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terkeluar daripada kereta.

Dalam pada itu warganet meminta agar ibu bapa sentiasa menggunakan child lock dan child seat apabila membawa kanak-kanak menaiki kenderaan supaya keselamatan lebih terjamin — atau sekurang-kurangnya menggunakan tali pinggang keledar.