Sudah kira cukup beruntung dapat bos dan tempat kerja yang baik, apatah lagi mendapat penghargaan dengan bonus dan hadiah yang disediakan oleh syarikat terbabit.
Baru-baru ini, sebuah video menjadi perhatian di platform TikTok yang mana mempamerkan sebuah syarikat tempatan yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan dan mewah buat pekerjanya di dalam satu majlis makan malam.
Ini termasuklah beberapa buah rumah ‘double storey’ dan banglo berharga cecah hampir jutaan ringgit, kereta Myvi dan tajaan umrah sebagai penghargaan kepada pekerja yang berprestasi bagus pada tahun 2024.
Malah, difahamkan segala pemberian hadiah ini belum dikira bersama bonus tahunan bagi setiap pekerjanya. Kalau dihitungkan jumlah keseluruhan hadiah yang diberikan memang mencecah lebih RM10 juta.
“Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya…”, ujar wanita yang memuat naik video tersebut.
@kaktiii01 Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS🔥✨ #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim
Video berkenaan langsung pelbagai respon daripada netizen kerana amat jarang sekali melihat syarikat menawarkan rumah sebagai hadiah penghargaan serta berbelanja besar buat pekerja di luar sana.
Dengan bermacam hadiah mewah yang diberikan, tidak hairanlah ramai menunjukkan minat untuk bekerja di syarikat Jamu Ratu Malaya milik ibu Aliff Syukri.
Ramai turut mendakwa mereka sudah bekerja lama namun masih belum menemui majikan sebaik ini yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi memberi penghargaan kepada pekerja yang sudah bertungkus-lumus sepanjang tahun 2024 yang lalu.