Seorang lepasan SPM 2023 telah memuat naik status di TikTok dengan menunjukkan dia gagal kesemua subjek dan 2 lagi tidak hadir.

Dia kemudian memutuskan untuk menjadikan keputusan SPM yang teruk itu sebagai konten di TikTok. Dia malah meminta pelajar yang gagal sepertinya untuk percaya kepada progres.

Di mana dia menulis: “Orang pintar belum tentu sukses. Tapi orang yang mahu, bakalan bisa menggapainya.

“Orang yang mahu berusahalah yang akan mendapatkannya. Jangan pernah menyerah dan percayalah kepada progress yang kalian sudah lakukan.”

Dia berkongsi slip peperiksaan SPM yang dia baru sahaja ambil. Di mana dia mendapat G dalam semua mata pelajaran serta tidak hadir dalam sesi peperiksaan Seni Visual dan Perniagaan.

Daripada keputusan SPM yang dia capai, netizen menganggap dia bukannya gagal kerana sudah berusaha, namun dia gagal kerana dia malas berusaha malah tidak hadir ujian dalam dua subjek lagi.

Netizen yang lain mempersoalkan di mana dia mendapat keyakinan untuk memuat naik slip SPM seteruk itu di media sosial dan kemudian menyatakan dia harus percaya kepada progres atau kemajuan?

Seterusnya ada juga netizen yang bertanya kepada adik tersebut, tidakkah dia rasa bersalah dengan ibu bapanya yang membanting tulang menyekolahkannya?

Selain itu, ada juga yang bertanya sama ada dia masuk ke dewan peperiksaan terus tidur ke macamana? Dan selama ini langsung tidak belajar dalam semua subjek?

Yang lain pula memberikan komen pada ayat yang digunakan oleh bekas pelajar SPM tersebut yang menggunakan ayat bercampur dengan bahasa Indonesia.

Bekas pelajar SPM tersebut kemudian mengunci akaun TikTok-nya kepada private selepas menerima banyak kritikan.

Walaubagaimanapun masih ramai juga mendoakan agar dia berubah menjadi manusia lebih baik dan berjaya di dunia dan akhirat.