Kegilaan terhadap matcha kini memasuki fasa baharu apabila sudah ada nasi lemak dan laksa perisa matcha.

Seorang pempengaruh pengulas makanan telah membeli nasi lemak dan laksa matcha. Kerana dia mahu merasa sendiri makanan tersebut.

Bayangkan makanan dari kategori ‘savoury’ dicampur dengan matcha. Apa akan jadi?

Nasi lemak matcha pula sekarang

Menurut influencer tersebut, dia mulai bingung dengan tekstur ayam yang berwarna hijau. Dia sendiri tak pasti sama ada nasi berwarna hijau itu adalah berperisa matcha atau sekadar menggunakan perwarna.

Selepas hanya satu gigitan dan suapan, ternyata pengulas makanan tersebut terus menganggap ianya tidak kena dengan seleranya.

Dan dia baru teringat dia masih ada laksa matcha untuk dia cuba.

Netizen akui geli melihat makanan pada hari ini. Ada yang menulis: “Saya peminat matcha, namun rasa geli nak makan kalau begini.”

Yang lain berkata: “Matcha pun satu hal, tapi nasi lemak dengan laksa sekali dia campur memang level berani. Entah sedap ke trauma ni.”

Ada yang menyindir, mencadangkan peniaga itu menjual laksam pistachio pula selepas ini.

Netizen seterusnya mengingatkan agar hindari makanan yang pelik pelik seperti ini. Kerana ia bukan sahaja merosakkan keaslian makanan, namun tidak sihat.