Warga X kehairanan bagaimana seorang warga asing sudah berniaga rojak selama 7 tahun tanpa sebarang kerisauan.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga menjadi penjaja atau peniaga kecil menurut undang undang di Malaysia – menurut sumber BERNAMA.
Warga asing turut tidak dibenarkan untuk menjadi peniaga atau pekerja atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta ataupun di pasar pasar.
Dan jika pemilik lesen perniagaan itu mahu mengambil pekerja asing, perkerja tersebut harus ada permit kerja yang sah.
Di X netizen mempersoalkan seorang peniaga yang mengakui dia warga Indonesia yang sudah tinggal di Malaysia selama 20 tahun dan berniaga rojak selama 7 tahun.
Perniagaannya dibuka setiap hari. Lantas ada yang meminta agar wanita tersebut disiasat. Bagaimana dia boleh berniaga rojak di kawasan tersebut jika dia adalah warga asing.
Adakah dia memang ada lesen perniagaan yang sah ataupun sebaliknya?
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 6, 2024
Namun ada juga yang menyatakan bahawa wanita tersebut mungkin sudah mendapat status PR sebab berkahwin dengan masyarakat tempatan. Dan berniaga atas nama suaminya.
Dapat PR dah kot… tu yg boleh meniaga… kadang kahwin dengan masyarakat tempatan… tu yg meniaga atas nama suami kot
— 🇲🇾amin13 (@amarsa13) December 7, 2024
Netizen turut mendedahkan ini bukanlah perkara baharu, warga asing berniaga. Dan berharap pihak penguatkuasaan lebih tegas dalam menangani isu ini.
Terutama sekali dalam perniagaan berkaitan makanan. Di mana kursus pengendalian makanan adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang tersebut.