Malaysia sering menjadi sebutan oleh netizen Indo pada saban hari yang mana banyak membincangkan perihal seperti ekonomi antara satu sama lain.

Baru-baru ini, netizen dari negara jiran membahaskan isu iklan tawaran pekerjaan antara di Indonesia dan Malaysia yang dilihat sangat berbeza terutamanya berkaitan syarat temuduga calon dan angka gaji.

Di dalam ciapan sebuah akaun di X, dia memperlihatkan iklan tawaran pekerjaan Mixue yang disiarkan di antara dua negara ini.

Di siaran iklan tawaran kerja untuk Indonesia, didapati majikannya meletakkan syarat yang terlampau ketat termasuklah perlu kelulusan ijazah, tidak boleh berada dalam pengajian dan paling mengejutkan hanya terhad untuk individu yang berumur 26 tahun dan ke bawah.

Malah, mereka tidak menyertakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh pekerja yang terpilih.

Sementara iklan tawaran di Malaysia pula tampak lebih ringkas serta grafik yang menarik termasuklah paparan gaji yang jelas dan tidak mempunyai syarat-syarat yang mengarut.

Oleh itu, netizen Indonesia mula mempersoalkan mengapa iklan tawaran kerja di negaranya terlalu rumit termasuklah banyak syarat mengarut dan tidak menyertakan tempoh bertugas dan juga anggaran gaji seperti di Malaysia.

Menurut mereka lagi, sini dikira lebih telus dan mudah untuk mendapatkan kerja di Malaysia kerana tiada syarat mengarut, tawaran gaji juga jauh lebih tinggi sekaligus menjadi dambaan mereka.

Difahamkan majikan di sana banyak meletakkan syarat  temuduga yang pelik seperti peluang pekerjaan hanya terbuka untuk berumur bawah 26 tahun dan lebih daripada itu dikira sudah tua dan tidak layak sama sekali.

Tidak kira lagi, ada majikan yang memilih pekerja disebabkan memiliki rupa paras yang menarik dan tinggi lampai semata-mata walaupun belum tentu memenuhi kriteria yang diiklankan.

Oleh itu, ramai yang mahu berpindah ke Malaysia kerana peluang pekerjaan yang lebih meluas dan mempunyai kriteria yang ringkas.

Sebelum ini juga, mereka pernah mendedahkan yang negara Malaysia mempunyai kualiti yang lebih bagus serta ekonomi yang mampan berbanding Jakarta.

Sampaikan ada yang sudah menetap di sini pun tidak mahu pulang ke sana lagi selepas tinggal beberapa tahun di Malaysia dan mengakui perkara kenyataan tersebut.