Satu ciapan dari pengguna @sugondese6666 asal Indonesia tiba-tiba meletuskan perbualan hangat antara warganet Indonesia dan Malaysia.

“Dear Malaysian… we need your help,” tulisnya, minta bantuan rakyat Malaysia untuk “membuli” kerajaan Indonesia sambil memuji sistem kebajikan Malaysia.

Seruan ini mencetuskan reaksi bercampur baur daripada pelbagai pihak, dari sindiran pedas hingga sokongan sinis.

Ciapan viral ini mengajak rakyat Malaysia untuk membantu “menyerang” kerajaan Indonesia.

Alasannya? Untuk memberi tekanan kepada kerajaan mereka, yang dianggap gagal menjaga kebajikan rakyatnya.

“Help us bully our govt. Kindly help us to spread how good is Malaysia compare to Indonesia, in terms of welfare,” tulis pengguna tersebut.

Permintaan tersebut turut disertai cadangan dari pengguna lain untuk memperluaskan mesej ini dalam Bahasa Inggeris dan melibatkan komuniti antarabangsa supaya kritikannya lebih berkesan.

Respon dari warganet Malaysia bercampur, ada jenaka, hairan, dan tidak percaya.

Salah seorang pengguna, @Random_History_Guy, memuat naik meme dengan kapsyen, “Me, a Malaysian after hearing I got drafted to make fun of the Indonesian government (I haven’t done it for a long time).”

Manakala seorang lagi pengguna Malaysia berseloroh, “Welfare yang macam mana tu bro? Zakat dan bantuan ke?”

Namun, tidak semua warganet mengambil pendekatan ringan.

Ada yang menegaskan bahawa Malaysia sendiri mempunyai isu dalaman.

“Dikira Malay ga punya masalah sama Pemerintahnya,” tulis seorang pengguna Indonesia, menyindir idea tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang membuat ciapan rakyat Indonesia minta bantuan Malaysia ini viral.

Antaranya, rakyat Indonesia yang kecewa dengan kerajaan mereka menggunakan media sosial sebagai ruang melepaskan rasa tidak puas hati.

Untuk rekod, sistem kebajikan di Malaysia sering dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia.

Malaysia dikenali dengan bantuan kewangan seperti BSH (Bantuan Sara Hidup) dan skim kesihatan percuma.

Sebaliknya, rakyat Indonesia sering mengkritik pemimpin mereka kerana jurang sosioekonomi yang besar.

Bagaimanapun, tidak semua warganet Indonesia bersetuju dengan ciapan tersebut.

Sebahagian mereka ada yang malu dengan kenyataan ini dan merasakan bahawa masalah di Indonesia tidak terlalu besar sehingga memerlukan campir tangan negara luar.