Prestasi memukau bintang tengah Indonesia, Marselino Ferdinan ketika menjaringkan 2 gol ke atas Arab Saudi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 telah menjadi bualan peminat bola sepak Asia.

Malah, aksi lincah pemain yang berusia 20 tahun itu turut menarik perhatian akaun instagram yang didakwa palsu apabila menggunakan nama bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjær.

Baca Juga:

“Ada sesiapa tahu pemain ini? Dia pemain yang paling mengagumkan dalam saingan kelayakan hari ini. Saya dengar beliau bermain di salah satu Liga Inggeris,” tulisnya menerusi laman instagram story.

Netizen Indonesia Berang Peminat Man United 'Claim' Marselino Ferdinan Asal Dari Malaysia

Namun, peminat Manchester United sempat berseloroh menjawab pertanyaan Solskjaer dengan mengatakan pemain itu sebenarnya berasal dari Malaysia.

Ianya sekaligus mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen Indonesia sehingga mencetus perbalahan dengan netizen Malaysia di laman sosial.

Netizen Indonesia Berang Peminat Man United 'Claim' Marselino Ferdinan Asal Dari Malaysia

Marselino kini menyertai kelab yang beraksi di liga divisyen dua bola sepak England iaitu Oxford United. Beliau adalah bakat muda terbaik yang pernah dilahirkan oleh Indonesia.

Sebelum ini, beliau sudah berkelana di luar negara apabila beraksi di Liga Belgium bersama KMSK Deinze sehingga hujung musim 2023/24 sebelum dilepaskan oleh kelab itu.

Marselino sudah mencatat 32 penampilan dan lima gol bersama skuad senior Indonesia dan pernah membantu pasukan bawah 23 tahun memenangi pingat emas dalam acara bola sepak temasya Sukan SEA 2023.