Saban hari kita melihat netizen Indonesia selalu membandingkan dan berasa cemburu dengan kemajuan yang ada di Malaysia.
Bermula dari infrastruktur dan kemajuan ekonomi, netizen Indonesia bagaikan kagum dengan segala kemajuan dan pencapaian yang diraih Malaysia.
Baca Juga:
- Pelancong Malaysia Penyelamat Whoosh? Kewangan Kereta Api Laju Indonesia Semakin Genting
- Cuba ‘Nego’ Dengan AS, Negara Indonesia Sebaliknya Terima Kenaikan Tarif Import Dari 32% Ke 47%
- Bahana Bergurau Tak Jumpa Kiblat Di Makkah, Influencer Indonesia Jatuh Sakit ‘Mengejut’
Netizen Indonesia Terus Impress Dengan Malaysia
Baru-baru ini, netizen dari negara seberang terkejut dengan proses memiliki kereta yang jauh lebih mudah di negara ini berbanding negara mereka.

Kereta yang dipilih untuk dibandingkan adalah Toyota Avanza 1.5 yang terdapat di kedua-dua negara.
Berbanding Indonesia, cukai jalan sahaja berharga sekitar RM917.
Indonesia mengenakan caj ke atas kenderaan yang berpindah daerah. Sesetengah daerah memerlukan mereka mengemaskini dokumen perpindahan daerah dan membayar kos untuk menerbitkan dokumen itu sekitar RM65.40.
Manakala Malaysia tidak mengenakan sebarang caj. Rakyat Malaysia bebas membeli kenderaan dari mana-mana negeri untuk dibawa ke negeri asal.
Indonesia mewajibkan rakyatnya memperbaharui nombor plat setiap lima tahun. Ini termasuk menukar plat fizikal dan memperbaharui dokumen pendaftaran kenderaan (STNK – Surat Tanda Nombor Kenderaan).
Kos untuk perbaharui dokumen STNK adalah sebanyak RM52.30. Jadi ini salah satu kos tambahan yang rakyat Indonesia perlu tanggung berbanding rakyat Malaysia.
Untuk urusan menukar pemilikan kenderaan secara rasmi – dari nama pemilik lama kepada nama pemilik baru dalam dokumen rasmi kenderaan, kos yang perlu dibayar rakyat Malaysia adalah RM1.80.
Di Indonesia, ia melibatkan proses dokumentasi yang agak rumit dan tentunya setiap dokumen perlu dibayar.
Setelah menyenaraikan beberapa perbandingan, bukan sahaja warga Indonesia terkejut dengan harga cukai jalan yang murah di negara ini.