Kalau sudah busuk hati, walaupun rakyat negaranya sendiri memenangi hadiah ratusan ribu ringgit daripada cabutan bertuah daripada YouTuber terkenal tetap mahu disabotaj demi kepentingan peribadi.
Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang kisah seorang wanita dari Indonesia yang bertuah memenangi pemberian wang kepada pengikut bertuah yang diadakan oleh YouTuber terkenal iaitu MrBeast bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-27.
Sebagai makluman, MrBeast sering kali menganjurkan pemberian wang dengan jumlah yang besar di platform seperti Instagram dan YouTube.
Buat giveaway sempena sambutan hari lahir ke-27
Bersempena untuk ulang tahun yang ke-27, MrBeast menyediakan berjuta-juta dolar termasuklah $50,000 bersamaan RM212,450 kepada 10 individu bertuah dari seluruh dunia.
Menariknya, salah seorang pemenang bertuah itu adalah merupakan seorang wanita dari Indonesia dengan akaun bernama @nurmadw99 yang juga merangkap ke tempat ke-7 di dalam senarai pemberian wang bertuah itu.
Disabotaj rakan senegara sendiri
Walaupun ini merupakan rezeki terpijak bak kata orang dan sepatutnya disambut baik kerana menjadi wakil kepada negaranya, wanita itu bagaimanapun telah disabotaj oleh netizen Indonesia sendiri seperti yang dijangka ramai sekaligus akaunnya telah dipadam kerana dipercayai telah dilaporkan secara beramai-ramai.

Hal ini kerana ada segelintir individu dari negaranya sendiri berusaha memadamkan akaun sebenar dan mencipta akaun yang serupa dengan harapan dapat memperdaya YouTuber terkenal itu dan membolot wang hadiah yang dihebahkan itu.
Setakat ini, perkara terbabit tidak terjadi kepada pemenang yang dipilih dari negara lain. Jadi, ramai percaya rakyat mereka sendiri menjadi dalang kepada sabotaj ini.

Namun, salah seorang netizen menegaskan bahawa pihak MrBeast telah pun melakukan transaksi pemindahan wang hadiah tersebut terlebih dahulu kepada pemenang sebelum dihebahkan senarai tersebut di akaun media sosialnya.
MrBeast nampaknya sudah selangkah ke hadapan membaca taktik-taktik sebegini yang mana berpotensi berlaku sewaktu melakukan pemberian wang kepada pemenang bertuah di seluruh dunia.
Oleh sedemikian, sebahagian netizen meluahkan rasa lega apabila mengetahui wang hadiah itu telah diterima oleh pemenang selayaknya dalam masa sama membidas tindakan individu yang sengaja mensabotaj dek kerana tamak haloba.