Antara YouTuber yang kekal popular sehingga ke hari ini adalah MrBeast. Dengan jumlah pengikut yang ramai, sebarang permintaan iklan video dan seumpamanya bakal dikenakan cas yang tinggi.
Siapa sangka dengan populariti yang dimiliki oleh beliau juga boleh menerima bayaran setinggi $250,000 (RM1.15 juta) dengan membuat video mengucap hai. Perkara ini dikongsikan oleh beliau sendiri menerusi satu sesi temu bual di The Joe Rogan Experience.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
@duckchainz 😳😳😳 #mrbeast
Difahamkan beliau pada mulanya menolak permintaan seorang bilionair yang mahu video mengucap hi buat anaknya. Bagaimanapun, MrBeast hanya sedia berbuat sedemikian selepas bilionair tersebut bersetuju membayar RM1.15 juta berdasarkan harga yang dipinta oleh beliau.
Selepas itu, beliau pun membuat video berdurasi seminit untuk mengucapkan hai kepada anak bilionair itu. Siapa sangka dengan kuasa populariti seperti MrBeast boleh meminta harga sebegitu tinggi dengan membuat video pendek itu?