Tindakan ‘YouTuber’ Malaysia, Isa Isarb yang cuba untuk mengagihkan wang tunai berjumlah RM10,000 di hadapan Istana Negara pada semalam mengundang padah apabila beliau diberi amaran keras oleh pihak berkuasa yang bertugas di sana.
Dalam video bertajuk ‘Habiskan RM10K Bagi Wartawan Di Istana Negara !’ yang dimuat naik ke media sosial itu, Isa Isarb dilihat berjalan di hadapan Istana Negara di mana petugas-petugas media sedang berkumpul bagi membuat liputan mengenai perubahan landskap politik negara sambil mengagihkan wang tersebut.
Bagaimanapun, tindakannya itu dihentikan oleh pihak berkuasa selepas hanya sempat mengagihkan sekitar RM600 hingga RM700 kepada orang ramai di luar istana.
Dia yang beredar dari kawasan istana kemudiannya turut diekori oleh sebuah kereta sebelum mereka dilihat berhenti di tepi jalan dan mengadakan perbincangan yang tidak dipaparkan dalam video tersebut.
Kedengaran suara lelaki yang dikatakan bersama pihak berkuasa itu memberitahu ia adalah okay untuk mengagihkan makanan tapi bukannya wang ringgit.Isa dan krunya bagaimanapun tidak ditahan dan dilihat bersalaman sambil meminta maaf terhadap tindakan mereka sebelum itu.
Terdahulu, dalam video tersebut, ‘YouTuber’ itu menjelaskan dia melakukan perkara itu selepas melihat petugas-petugas media yang berada di sana menerima bermacam-macam makanan dan sumbangan pada dua hari terawal mereka berkampung di sana.
“Jadi hari ini hari ketiga Isa Isarb nak pergi bagi, aku nak buat challenge habiskan 10 ribu ringgit depan istana,” katanya.
Beberapa hari ini, perkarangan Istana Negara menjadi tumpuan para pengamal media selepas berlakunya konflik peralihan kuasa dan perletakan jawatan Dr Mahathir Mohammad sebagai perdana menteri Malaysia.
Rata-rata wartawan dan jurugambar telah berkampung di sana sejak isu tersebut bermula pada Ahad lalu bagi mendapatkan perkembangan semasa memandangkan ramai ahli politik yang dilihat keluar masuk ke kawasan istana.
Apa yang bermula dengan pengagihan makanan oleh pihak istana kepada petugas media yang berada di sana kemudiannya mula ditiru oleh syarikat-syarikat dan individu yang juga tidak mahu terlepas melakukan perkara sama selepas gesture oleh pihak istana sebelum ini mendapat perhatian netizen di media sosial.
Bagaimanapun, sejak semalam tindakan syarikat dan individu yang dilihat cuba untuk membantu dan menemani petugas media itu dilihat sedikit keterlaluan dan berada di luar kawalan.
Baca perkongsian kami sebelum ini yang menunjukkan lori Milo kegemaran rakyat Malaysia juga turut berada di hadapan Istana Negara bagi menemani petugas-petugas media menjalankan tugas mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Selepas KFC dan McDonald’s, Lori Milo Pula Buat Kemunculan Di Istana Negara
Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’
Selepas Nasi Lemak, YouTuber Ini Mahu Kembali Ke Malaysia Kerana Burger Ramly Pula