Netizen Jepun dan Indonesia rata rata mengecam tindakan 2 orang pemuda asal Indonesia yang bermai bola padel di kawasan perkuburan di Jepun.

Tindakan itu dianggap biadap dan tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.

Netizen Jepun mengecam tindakan tidak sensitif wargan Indonesia tersebut yang menjadikan kawasan perkuburan sebagai tempat bermain bola padel termasuk memasang jaring di kawasan tersebut.

Bermain padel di kawasan perkuburan

Video tersebut menimbulkan kemarahan rakyat Jepun yang merasakan bahawa tindakan warga asing di negara tersebut semakin lama semakin melampau.

Haruka menulis: “2 lelaki muslim asal Indonesia nekad untuk bermain padel di tanah perkuburan di Jepun.

“Rasanya tak perlu untuk saya jelaskan betapa tersangat biadap perbuatan seperti ini.”

Di ruangan komen netizen dari Indonesia sendiri mengecam tindakan 2 lelaki tersebut yang dianggap ‘bikin malu’ negara Indonesia.

Ada juga yang menganggap 2 lelaki tersebut tipikal FOMO yang mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga bermain padel ball namun di kawasan yang ‘rare’.

Netizen seterusnya menyatakan bahawa: “Jelas mereka adalah manusia biadap, sebab itu mereka sanggup melakukannya.”

Kemudian ada juga yang mengingatkan agar menghormati budaya orang lain terutama sekali negara tempat mencari rezeki.

Misalnya Jepun, tanah perkuburan dianggap kawasan yang harus dihormati kerana tempat bersemadinya roh nenek moyang mereka.

Seorang lagi netizen Indonesia berkata: “Minta maaf di atas kebodohan mereka. Harap anda semua faham bahawa IQ rakyat Indonesia adalah 70, lebih rendah daripada IQ gorila.

“Inilah sebabnya kenapa kamu jangan terlalu kerap terhentak kepala dekat lantai, kerana ianya akan membuatkan kami jadi bodoh macam mereka.”