Tular satu video menunjukkan dua lelaki berbangsa Cina bergaduh, dipercayai kerana kes penipuan.

Namun perhatian netizen mulai teralih kepada cara mereka bergaduh dengan menggunakan bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu.

Gaduh guna bahasa kebangsaan

Mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan dengan fasih sekali tanpa tersekat sekat walaupun bahasa pasar. Itu perkara biasalah, sebab ianya untuk pertuturan seharian.

Pada akhir video baru kedua-duanya bercakap dengan Bahasa Cina dalam usaha mereka mempertahankan hujah masing-masing.

Kedua-duanya agak tegang pada satu ketika, namun ditenangkan oleh rakan salah seorang daripada mereka.

Walaupun tidak pasti siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah, netizen tetap terkesima melihat kedua-dua mereka menggunakan bahasa kebangsaan berbanding bahasa ibunda mereka.

Sebab itu ada yang geli hati melihat telatah dua lelaki Cina tersebut bergaduh dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

Netizen Kagum Dan Geli Hati Tengok Dua Abang 'Cina' Bergaduh Guna Bahasa Kebangsaan Secara Fasih

Ada yang menyatakan bahawa, ini sudah perkara biasa untuk melihat ‘Cina gaduh dengan Cina’ guna bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan.

Tahun lalu, dua lelaki Cina bergaduh di atas jalanraya, juga menggunakan bahasa kebangsaan. 

Di mana salah seorang daripada mereka keluar daripada kereta dan mereka mulai saling bertikam lidah.

Netizen Geli Hati Tengok 2 Pemandu Berbangsa Cina Bergaduh Dalam Bahasa Kebangsaan