Sejak dari dahulu lagi Malaysia mempunyai banyak ‘permata-permata’ yang berjaya menyinari pelbagai industri sehinggalah mendapat perhatian dan sokongan daripada rakyat luar negara.
Baru-baru ini netizen berasa kagum apabila mendapat tahu lagu dua buah lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Sheila Majid ketika era 90an telah digunakan dalam video iklan Nissan Skyline R32.
Artikel Berkaitan:
- Mahu Tampil Berbeza Jadi Sebab Fendymojo Pilih ‘Modified’ Bezza Sebagai Konten Di TikTok
- Peniaga Ditahan Polis Selepas ‘Custom’ Nissan Skyline R32 Jadi Kereta Polis
- Baru Satu Jam Tukar Nama Pemilik, ‘Orang Tengah’ Pandu Nissan Skyline GTT R34 Terbabas Langgar Pokok
“Mengapa hatiku (tarakuja tarakuja-ja). Terasa terharu (tarakuja tarakuja-ja). Ku di malam ini (tarakuja tarakuja-ja). Terasa sunyi (tarakuja tarakuja-ja).
“Tinggalku sendirian tiada berteman dalam kesunyian. Dunia terang menjadi gelita cahaya indah tiada bergema,” ini antara bait-bait lagu yang kedengaran dalam video berkenaan.
@wapcar_zamil Amacam, rasa bangga tak? 😁 #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #malaysia #nissan #nissanskyline #wapcar #artismalaysia
Menerusi perkongsian TikTok @wapcar_zamil, Dato’ Sheila Majid merupakan salah seorang artis Malaysia yang terawal memasuki pasaran Jepun. Kebetulan pula beliau baru sahaja melancarkan album kedua di sana, jadi dua lagu yang dinyanyikan semula ‘Larut Malam’ dan ‘Dimana Kan Ku Cari Ganti’ telah digunakan dalam iklan kereta berkenaan.



Pop city malaysia dulu antara yang best di Asia. Evergreen lagu city pop ni kalau dengar balik untuk zaman sekarang masih relevan https://t.co/lejiBg7vI5
— Kamilarth mahu menonton konsert SO7 (@thisiskamiyaaah) January 3, 2023
Menurut netizen, lagu itu dipercayai dipilih kerana ia dinyanyikan dalam genre ‘City Pop’, satu genre diperkenalkan pertengahan tahun 1970an dan popularitinya meningkat pada akhir 1970an-awal 1980an hingga menjadi halwa telinga rakyat Jepun pada ketika itu.
Dalam masa yang sama, orang ramai turut berbangga lagu-lagu yang dihasilkan pada era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Datin Amar Salmah (Saloma) masih evergreen untuk dinyanyikan semula mengikut genre peredaran zaman semasa.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.