Sama ada jalan naik atau turun dari Genting Highlands sememangnya disukai oleh pihak-pihak ‘berjiwa kelajuan’ kerana dapat memenuhi keinginan mereka untuk melakukan aksi ‘drifting‘ seperti anime  Initial D.

Baru-baru ini satu video menjadi bualan ramai apabil ada sebuah model kereta sport dirakam sedang melakukan aksi drift ketika turun dari Genting Highlands.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Video tersebut dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang sedang merakam rakannya yang dipercayai mahu membuat konten TikTok di tepi jalan kawasan berbukit itu.

@mahadewiaris87

Nasib kami masih selamat #driftcar #racecar #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypdongggggggg @bellaluna_bell

♬ original sound – Mahadewiaris – Mahadewiaris

Pada awal video tersebut ada seorang wanita sedang berdiri di tepi jalan sambil menggayakan beberapa pose sambil dirakam oleh rakannya. Beberapa saat kemudian mereka terdengar bunyi yang bising sedang turun dari bahagian atas Genting Highlands.

Lalu kelihatan sebuah kereta sport dipercayai Nissan Skyline sedang drift turun ke bawah di hadapan wanita-wanita yang berada di tepi jalan itu. Pada masa sama, sebuah Toyota Hilux dilihat segera berhenti di tepi jalan dipercayai untuk ‘memberikan laluan’ kepada kereta sport itu.

Perkongsian video pendek berdurasi 40 saat itu telah menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen. Ramai yang mempertikaikan tindakan pemandu Nissan Skyline itu yang merbahaya untuk dilakukan semasa berada di jalan raya awam.

Sumber Gambar: Facebook Paul Tan’s Automotive News
Sumber Gambar: Facebook Paul Tan’s Automotive News

Pada masa sama, ada juga memberikan pendapat bahawa rakaman video itu seperti ‘konten terancang’ yang sengaja dibuat-buat, bukanlah spontan. Ini kerana jalan tersebut seperti ‘terlalu kosong’ dan seperti ada ramai orang berada di tepi jalan yang sengaja tidak terakam pada video tersebut.

Dalam pada itu, beberapa hantaran video lain yang dikongsikan pada TikTok pemilik asal video ini, ada kelihatan kereta itu bersama-sama dengan mereka. Jadi besar kemungkinan video ini dirakam sebagai konten untuk mendapatkan #FYP di platform TikTok semata-mata; atau ini salah-satu gimik marketing untuk filem aksi-drift pada masa akan datang?

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, seorang pemuda ditemui tidak bernyawa dalam kereta mewah McLaren 570S baru-baru ini. Baca kenyataan penuh pihak polis menerusi pautan di bawah.

Seorang Pemuda Ditemui Mati Dalam Kereta Mewah McLaren

Dakwa Sedang Main Dengan Anak Buah, Polis Berkas Pemandu Keluarkan Pistol Dari Tingkap Kereta

Cuba ‘Cover Line’ Selepas Kena Hon, Rider Ini Acah Mahu Hempas Topi Keledar Pada Kereta