Beberapa tahun lalu, kita pernah mendengar kisah tentang seorang lelaki membeli makanan menggunakan kereta remote control di Indonesia. Kini didapati lebih ramai menerokai teknologi baharu untuk berbuat sedemikian.
Menerusi akaun TikTok @frodobots, beliau telah berkongsi sebuah video yang berkisarkan perjalanan robot miliknya pergi membeli air minuman di sebuah kedai terletak di Singapura.
Baca Juga:
- Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Beli Nasi Bungkus Guna Kereta ‘Remote Control’ Sahaja
- Gimik Hantar Bola Dengan Kereta ‘Remote Control’ Jadi Bualan Peminat Euro 2020
@frodobots Buying Milk Tea with a Remotely Controlled Robot: Can It Be Done? #robot #delivery #singapore #philippines #virtualdrive #gaming #milktea
Apa yang membuatkan ia sangat hebat adalah bagaimana beliau mampu mengawal robot tersebut dari Filipina. Berdasarkan video itu, robot itu boleh dikawal dari jarak jauh di samping adanya kamera sebagai panduan serta mampu berkomunikasi dengan orang luar menggunakan mikrofon.
Walaupun boleh beroperasi dengan baik sepanjang perjalanan untuk membeli air tersebut, penyertaan manusia masih diperlukan seperti mahu melalui pintu masuk automatik dan juga sewaktu ingin membuat pembayaran.
Selain dikagumi oleh penjalan kaki di sekitar Marina Bay Sand, netizen juga tidak terkecuali sangat teruja melihat robot ini boleh berfungsi dan mendapatkan pesanan minuman dengan kawalan daripada beribu batu jauhnya.
Sementara di Malaysia, kita juga sudah melihat adaptasi penggunaan robot terutamanya di kedai makan kerana dapat memudahkan operasi di samping kos efektif. Memang tidak dinafikan robot sangat membantu dalam pelbagai urusan namun perlu dibantui oleh manusia dalam sesetengah senario.