Netizen luar negara di X ternyata terpegun dengan keindahan Masjid Putra di Putrajaya yang dikongsikan oleh laman Wonconceptual.
Mereka kagum dengan binaan dan juga rekaan Masjid Putra yang dianggap sangat menenangkan untuk dipandang.
📍Putrajaya, Malaysia pic.twitter.com/sja4CLVB7w
— Wonceptual (@wonceptual) May 21, 2025
Masjid Putra merupakan salah satu mercu tanda yang di Putrajaya, Malaysia. Masjid tersebut terletak indah di tepi Tasik Putrajaya, masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Ianya dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sejak ianya dirasmikan, Masjid Putra bukan sahaja menjadi tempat ibadat bagi mereka yang beragama Islam, ianya malah menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan dan kencantikan senibinanya.
Masjid Putra juga kerap menganjurkan beberapa lagi aktiviti lain termasuk berkaitan kenegaraan. Menjadikan masjid Putrajaya juga antara simbol perpaduan kebanggaan rakyat Malaysia.
Netizen kagum keindahan Masjid Putra
Reka bentuk Masjid Putra sangat unik kerana ianya adalah gabungan daripada unsur seni bina Islam moden dan tradisional, pengaruh dari Timur Tengah dan Parsi.
Terdapat juga ukiran halus ayat suci Al-Quran pada permukaan masjid tersebut yang mengadap tasik Putrajaya.
Kubah utamanya yang berwarna merah jambu dan menara setinggi 116 meter menjadikan masjid ini mudah dilihat dari jauh jika anda sudah berada di Putrajaya.
Masjid Putra ini mampu menampung sehingga 15,000 jemaah dalam satu masa, menjadikannya antara masjid terbesar di Malaysia.
Ledakan media sosial pada hari ini menjadikan masjid Putrajaya sebagai destinasi yang menjadi idaman pelancong. Terutama sekali mereka yang menghargai seni bina dan artitek.
Laman Intrigue Archive berkata: “Sangat suka melihat keindahan struktur itu terpantul pada permukaan air.
David Porcaya menulis: “Cantiknya pemandangan.” Sementara seorang lagi netizen dipercayai dari Vietnam hanya mampu menulis: “Sangat cantik.”
Ada juga yang menanggap Masjid Putra tersebut persis istana dalam cerita dongeng Disney.