“Saya nak cakap saya tak redha benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”

Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim tidak meredhai perbuatan individu yang merakam dan menularkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapat layanan istimewa.

Tambah beliau lagi, tindakan menyebarkan video itu adalah salah satu kelakuan yang tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba untuk memburukan orang dengan agenda tertentu.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”.

“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” katanya menerusi video yang disiarkan di Twitter oleh seorang lelaki bernama Khairul Azri.

Ikmal turut ‘mempertahankan’ tindakan pengurusan masjid yang menetapkan jumlah kuota bagi solat jumaat untuk golongan VIP. Beliau berkata bahawa dari 300 orang yang dibenarkan masuk, 270 orang adalah datang dari orang awam manakala 30 lagi melibatkan kumpulan VIP.

“Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas,” katanya.

Bagaimanapun, jawapan yanag diberikan oleh Ikmal ini dianggap ‘sombong’ oleh sesetengah netizen. Mereka menyifatkan diwaktu terdesak ini. Tidak sepatutnya wujud layanan dua darjat dari institusi agama.

https://twitter.com/cendolicecream/status/1436993990444810246?s=21

Terdahulu The Vocket melaporkan sebuah video tular di media sosial yang mendakwa wujud layanan dua darjat kepada jemaah yang hadir solat Jumaat di sebuah masjid.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat banyak jemaah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid walaupun datang awal tetapi ada golongan ‘kayangan’ datang lewat dibenarkan masuk.

Pihak pentadbiran masjid sebelum ini sudah pun membuat memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan akan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan. Namun tidak pasti adakah perbuatan Ikmal mengeluarkan kenyataan menerusi video ini bertetapan atau selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan masjid.

Sebelum ini tular datu video yang menunjukkan seorang lelaki yang diberi layanan istimewa untuk masuk ke masjid. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tular Video Layanan ‘Double Standard’ Untuk Jemaah Solat Jumaat, Ini Penjelasan Masjid Putra