Umum semua pihak memiliki lesen memandu dan menunggang yang sah mengetahui apabila kenderaan menghampiri kawasan persekolahan, kita perlu memperlahankan kenderaan yang kita bawa kepada 30km/j sahaja.
Bagaimanapun, seorang pemandu Suzuki Swift telah dirakam memandu keretanya melebihi had laju dibenarkan sehingga melanggar beberapa pengguna jalan raya lain yang sedang beratur menunggu giliran untuk bergerak.
Dalam dua rakaman video CCTV berbeza yang di rakam dari dalam kawasan rumah bertentangan Sekolah Kebangsaan Selayang Baru, kedengaran suara orang ramai menjerit apabila kereta Swift itu memecut dan melanggar beberapa buah kereta dan motosikal di sekelilingnya.
Tindakan melulu pemandu Swift itu telah menyebabkan beberapa buah motosikal terjatuh mengenai kereta-kereta yang berada di bahagian kiri mereka. Ada pelajar sekolah yang tersepit bersama seorang lelaki apabila Swift itu melalui bersebelahan mereka.
Kedua-dua rakaman video CCTV yang tular itu telah mengundang kemarahan orang ramai kerana tindakan pemandu Swift itu memandu melebihi had laju telah menyebabkan pengguna jalan raya lain yang berada di hadapan sekolah pada waktu itu dilanggar olehnya.
Hasil carian maklumat lanjut mengenai insiden ini, pemandu Swift terbabit ada memberhentikan kenderaan untuk mengambil seseorang menaiki keretanya. Pada masa sama, ada kenderaan lain dibelakangnya membunyikan hon sehingga mengundang kemarahan pemandu Swift itu.
Bagaimanapun, tindakan pemandu Swift menekan-nekan pedal minyak sebagai ‘tanda protes’ telah memakan diri apabila kereta tersebut meluru laju ke hadapan lalu merempuh beberapa pengguna jalan raya lain.
Warganet meminta agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segara terhadap pemandu Swift itu kerana telah membahayakan keselamatan para pelajar yang berada semasa kejadian terbabit berlaku.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Warganet mahu pihak berkuasa segera menangkap seorang lelaki yang telah mencabul beberapa wanita di kawasan tempat letak kereta Tamarind Square. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Dua Wanita Dicabul Di Tempat Parkir Tamarind Square, Netizen Mahu Pencabul Segera Ditangkap
YouTuber Dan 3 Rakan Ditahan Polis, Disyaki Bunuh Kekasih Disebabkan Cemburu
Ceroboh Tadika Dan Menyamar Jadi Ayah Pelajar, Tindakan Warga Asing Ini Undang Kerisauan Netizen