Semalam kecoh di media sosial apabila beberapa video kejar mengejar antara pihak polis dan sebuah kereta Kancil tular. Video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter @BukanWanted dan meraih 4.7K retweets.
Menerusi perkongsian tersebut, suspek yang memandu kereta Kancil telah meloloskan diri dari sekatan jalan raya dan turut disyaki terlibat dengan kes dadah.
Kat group2 whatsapp aku tgh berlegar2 video polis kejar kancil katanya kes dadah. Hbs dia pusing taman merdeka, angkasa nuri semua.. majal driver kancil tu pic.twitter.com/i73bN0D61R
— TeD 🇵🇸🍉 (@BukanWanted) April 13, 2020
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pemandu berkenaan enggan memberi kerjasama dan terus melarikan diri tanpa menghiraukan arahan pihak berkuasa.
Oleh itu, peronda polis terpaksa mengejar untuk menangkap suspek. Malah, suspek juga telah memandu dengan laju dan memasuki kawasan perumahan serta cuba ‘mempermainkan’ pihak polis.
— TeD 🇵🇸🍉 (@BukanWanted) April 13, 2020
Walau bagaimanapun, suspek gagal melarikan diri dan berjaya ditangkap. Pihak polis telah menangkap dua individu yang berada dalam kenderaan itu termasuk seorang pemandu dan penumpang.
Dipercayai bahawa suspek telah melanggar sekatan jalan raya di Taman Angkasa Nuri sehingga berlakunya aksi kejar mengejar dengan pihak polis.
Aku tak dpt nak pastikan btl2 apa punca utama dia tapi mmg kering la kau kanjo laju2 dlm taman apa semua buat polis menyirap je dgn kau musim2 pkp ni.. ade kwn polis ckp kes dadah, aku pun x pasti. pic.twitter.com/2GYV4CvEPs
— TeD 🇵🇸🍉 (@BukanWanted) April 13, 2020
Sementara itu, baca artikel berkaitan tentang Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia pada pautan di bawah ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020
Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin
6 Aktiviti Bermanfaat Anda Boleh Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan