Netizen tidak sependapat apabila seorang pelancong Jerman mengkritik mutu kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.

Pelancong tersebut bersama dengan rakan rakannya telah dilarang untuk menaiki bas kerana mereka tidak ada ka Touch N’ Go. Dia kemudian menyatakan bahawa mereka tidak diberikan informasi tentang bas yang tidak menerima wang tunai.

Baca Juga:

Dia menyatakan dia benar benar kecewa kerana mereka sudah lama menunggu bas di bawah panas terik kemudian dihalang pula menaiki bas. Perkara itu dikongsikan di TikTok.

@big_laddo

Public transport in Malaysia is NOT tourist friendly! #anwaribrahim #malaysiatourism #amirudinshari #perdanamenterianwaribrahim #pmx #perdanamenterike10 #menteribesarselangor #menteripengangkutanmalaysia #menteripelancongan #ybantonyloke #ybtiongkingsing #batucavestourism #rapidkl #rapidklmalaysia @myrapidkl @anthonyloke @anwaribrahimofficial

♬ original sound – BIG LADDO – BIG LADDO

Netizen ada pandangan berbeza tentang perkara itu. Ada yang menyatakan bahawa di Jerman dan di beberapa negara lain memang sudah memakai sistem tanpa tunai. Sepatutnya dia sudah faham tentang perkara itu.

Namun ada juga yang mencelah bahawa, sekurang kurangnya beritahu mereka di mana tempat boleh mendapatkan kad Touch n Go tersebut.

Tidak kurang juga yang meminta agar Malaysia menaikkan lagi kualiti perkhidmatan pengangkutan awamnya.

Kemudian ada yang mengingatkan pelancong tersebut untuk membuat kajian atau ‘kerja rumah’ dahulu sebelum pergi ke sesebuah negara.

Netizen yang lain meminta mat salih tersebut membuat sedikit carian di internet tentang sistem pengangkutan di Malaysia. Atau bertanya sahaja dengan orang di sekeliling.

Tindakan pelancong tersebut dianggap malas dan terlalu minta disuap.

“Orang yang terpelajar pasti akan membaca dan merancang tentang perjalanan ke luar negara, sebelum tiba di sini,” tegas netizen yang lain.