Tahun melawat Malaysia 2020 akan tiba tidak lama lagi. Jadi pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menambah jumlah pelancong untuk melancong ke sini. Namun, langkah terbaru yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat Malaysia.
Terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengumukan bahawa Pegawai Imigresen akan diajar Bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa penting lain sebagai satu cara untuk tampil lebih mesra kepada pelancong dari luar negara dan juga untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Malaysian immigration officers will be taught basic Mandarin and other major languages, to provide better service at the country’s entry points, such as KLIA. pic.twitter.com/uEo4Q6tdug
— BFM News (@NewsBFM) December 2, 2019
Walaupun langkah ini mungkin kelihatan proaktif, namun para netizen telah menyatakan pendapat mereka mengenai perkara ini, sebahagian besar daripada mereka mendapati idea belajar Bahasa baru untuk mengalu-alukan pelancong adalah tidak wajar.
Malaysia ni kelakar. Orang luar nak masuk, kita yang kena belajar bahasa dia orang. Kalau orang Malaysia nak pergi luar, kita ni yang kena beria belajar Jepun/Korea/Russia etc untuk memudahkan urusan dekat sana. https://t.co/Te6R3iMs56
— 팓리 (@Fadli_Pae) December 3, 2019
https://twitter.com/parijjaaa/status/1201722992192942081
Bodoh2 je nak kena belajar basic mandarin. Takde pulak immigration US, Australia, Canada nak kena belajar mandarin. Nak visit Malaysia, belajar la cakap Bahasa Malaysia. Ataupun cakap english. Besar kepala sungguh.
— ▪︎ (@dmnzzw) December 3, 2019
https://twitter.com/shesyaaa_/status/1201758640639627264
Namun, ada juga netizen yang bersetuju dengan inisiatif yang bakal dilaksanakan itu dengan memberikan hujah masing-masing.
actually, some prominent countries have taken the initiative to have their immigration officers to learn mandarin. I recommend travel more ✌️
— Iza-Nami (@norhafizghani) December 4, 2019
https://twitter.com/MrDerpski/status/1202026635127672833
X kelakar pon, yes kita boleh bangga dgn bahasa kita tapi kita kena jugak belajar bahasa lain if not for them for us so ada la added value kalau apply mana2 bidang kerja x kan la sampai tua nak dgn mindset 'kau datang negara aku, cakap bahasa aku'.
— SomethingWitty (@CuddlemeWitty) December 4, 2019
Ternyata langkah yang diumumkan oleh Jabatan Imigresen telah mencetuskan perbahasan dikalangan netizen. Apa pendapat anda tentang langkah yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen ini?
Terdahulu, rakyat Malaysia di kedudukan tertinggi dalam senarai pemerhatian imigresen Australia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Rakyat Malaysia Berada Di Kedudukan Tertinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia
Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas Sindiket ‘Online Scam’ Terbesar Di Cyberjaya