Adakah sudah menjadi ‘trend’ bahawa seorang pempengaruh itu perlu ada lagu raya? Itu antara persoalan dilontarkan netizen.
Ini selepas beberapa influencer yang dianggap hanya menjual populariti di media sosial telah menghasilkan lagu raya tahun ini.
Netizen akui mereka mulai menyampah dengan trend pempengaruh tiba tiba berlumba lumba mengeluarkan lagu raya.
Jaoh dekat semua dekat kembali PouuulllAaaaNgg ~
Genuine question. Kenapa byk influencer sibuk nk bt lagu raya? Ada ape ape kene mengena dengan tax relief ke? pic.twitter.com/47vb7xXtpB
— Abang Panda 🐼 (@zulazri03) February 21, 2026
Ada yang menyindir: “Sedap lagu raya ni, cuma kalau boleh keluarkan 6 bulan akan datang.”
Antara influencer yang menerima kecaman adalah Agy. Di mana netizen turut menyatakan bahawa lagu raya Agy telah mencabar kesabaran mereka di bulan puasa.
Aku baru3 puasa siot.. takkan la aku nak hilang pahala lagi 26 hari? pic.twitter.com/Jtp29zRZVa
— Rangga Is Back (@alif_haidar) February 21, 2026
Yang lain kemudian menganggap lagu raya tersebut sebagai tidak kena dengan seleranya.
Netizen berkata: “Aduh, tak boleh ke lagu lagu raya ni just buat minimalist , simple, sopan dan tak berlebih lebihan.
“Lagu raya sepatutnya menzahirkan raya bersyukur selepas sebulan bertungkus lumus berpuasa. Kau tak payahnlah masukkan elemen elemen moden. Saya akan lebih suka kalau lagi itu ringkas dan manis serta terselit mesej bermakna di dalammnya.”
Yang lain mencadangkan agar influencer di Malaysia berhenti untuk mengeluarkan lagu raya dan serahkan tugas itu kepada penyanyi sebenar.

“Baik aku dengar lagu Fazz Ahmad,” tegas seorang lagi warganet di laman X.
Baik aku dengar lagu raya Fazz Ahmad The Young Rapper No 1
— kiko 🇵🇸 (@ainanjha) February 21, 2026
Ada juga yang menggammbarkan bahawa telinga bernanah mendengar lagu raya daripada influencer tersebut.
Bernanah telinga aku dengar lagu raya Agy ni.😭
— Muhammad Zulafiq🇲🇾 (@ZulafiqRogingon) February 21, 2026