Tindakan ibu bapa yang cuai membiarkan kanak-kanak tanpa pantauan sama ada di dalam atau luar kereta sering kali dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

Walaupun sebelum ini pernha dilaporkan polis menahan reman ahli keluarga yang mengabaikan keselamatan kanak-kanak, namun masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengulangi kesalahan yang sama.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Ada seorang pengguna Twitter @BxllaAnxar telah berkongsi ciapan satu rakaman video seorang kanak-kanak lelaki sedang melompat-lompat seorang diri di bahagian belakang Mitsubishi Triton ketika sedang hujan.

Menurut @BxllaAnxar, sudah ada beberapa buah kenderaan lain membunyikan hon serta membuka tingkap menegur perbuatan ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit. Namun, pemandu trak pikap Mitsubishi Triton tidak mengendahkan teguran orang ramai.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berasa geram dengan ahli keluarga yang membiarkan sahaja kanak-kanak lelaki itu tanpa mengira tentang keselamatannya.

https://twitter.com/razalizakri/status/1469947147638374405?s=20

https://twitter.com/IzzatiEmylia/status/1470226485092839426?s=20

Tambah orang ramai lagi, perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja membahayakan kanak-kanak tersebut, bahkan kecuaian ini akan melibatkan pengguna jalan raya lain pula.

Para netizen juga meminta pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan terhadap ahli keluarga yang ada bersama kanak-kanak ketika insiden tersebut dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

Dalam isu lain pula, sekumpulan pelajar MRSM telah digantung sekolah serta-merta setelah video mereka memukul rakan sebaya tular di media sosial.

Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM

Jadikan Perut Mangsa ‘Punching Bag’, Video Buli Pelajar Di Salah Sebuah Maktab Tular

Sumber