Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pemilik kenderaan tampil mendedahkan telah ditindas selepas kenderaan mereka rosak dalam jangka masa yang sangat singkat.

Bermula dengan kisah ‘Perodua Bezza Gula’, kemudian isu ‘Honda HR-V dua minggu tersadai’, kini timbul pula isu ‘Triton Lumpur’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Facebook Khairil CG, beliau kecewa apabila trak pikap baru dibeli rosak selepas pakai 48 jam. Beliau mendapati kereta tersebut sudah mempunyai pelbagai kerosakan sebelum dibelinya.

Model Triton MIVEC 2017 itu dibeli pada harga RM82,000 on the road. Kereta itu diambil pada 1 Disember 2023 daripada sebuah kedai used car. Kemudian trak pikap itu mengalami masalah overheat  semasa dalam perjalanan ke Kedah pada 3 Disember.

“Tiga hari selepas itu, trak pikap tersebut ditunda ke panel Insurance GMR, bagaimanapun insurans tidak boleh dituntut kerana polisis belum cukup matang 14 hari.

“Keesokkannya saya telefon jurujual kedai used car terbabit, bagaimanapun jurujual itu menyatakan dia hanya menjual sahaja. Kemudian saya hubungi supervisor kedai tersebut, namun jawapan diberi amat mengecewakan. Mereka enggan bertanggungjawab dan semuanya diserahkan kepada pihak Insurance GMR,” luah Khairil.

Beliau kemudian menghantar kereta ke sebuah bengkel di Shah Alam untuk pemeriksaan dan pembaikan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kerosakan seperti waterpump berkarat, timing chain haus, belting haus, condensor aircond bocor dan bahagian head bengkok.

Pada 25 Disember 2023, Khairil pergi ke bengkel untuk melihat sendiri keadaan keretanya. Beliau terkejut apabila mendapati Triton itu mempunyai kesan lumpur pada bahagian bawah termasuk bahagian kotak gear. Trak pikap itu dipercayai digunakan untuk kerja part time melawat dan meredah kawasan banjir.

Khairil kemudian pergi ke pusat servis Mitsubishi untuk menyemak rekod servis. Apa yang mengejutkannya apabila mendapati mileage sebenar sudah mencecah 200,000 kilometer pada tahun 2020. Walhal meter mileage menunjukkan 76,700 kilometer.

Selepas hampir sebulan berada di bengkel, akhirnya trak pikap itu siap dibaik pulih. Khairul telah membelanjakan RM17,275 untuk membaiki kereta tersebut. Menurutnya jika kesemua bahagian alat ganti dibeli pada bengkel, kosnya boleh mencecah lebih RM20,000.

Difahamkan pihak used car yang menjual kereta tersebut terus melepaskan tangan. Kini trak pikap itu menghadapi masalah baharu di mana kotak ECU mempunyai masalah sehingga menyebabkan semua lampu menyala di paparan dashboard.

Khairil berharap agar haknya dapat dituntut semula dan dakwaan dibuat bukan secara semberono kerana beliau memiliki bukti kukuh.

Sumber