Eco Ardence yang terletak di Setia Alam merupakan salah satu lokasi pilihan orang ramai untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tempat sedang membangun yang sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.

Sekiranya anda pernah menjejak kaki di sana, anda pasti berasa seakan-akan berada di luar negara kerana susun atur bangunan perumahan dan lanskap sekitarnya tampak lebih moden.

Pada malam hari Sabtu yang lalu, seorang pemandu kereta Honda HR-V dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kawasan lanskap bulatan di Taman Eco Ardence Setia Alam.

Kereta tersebut telah merosakkan bahagian tepi jalan dan tersangkut pada pokok hiasan yang ditanam pada tengah-tengah bulatan jalan tersebut. Namun, agak mengejutkan apabila melihat kesan kemalangan itu pada waktu pagi kerana ia kelihatan seperti ‘seni arca’ di tengah-tengah lanskap tersebut.

vocket-eco-ardence-seni-arca-8-1
Sumber Gambar: Facebook
vocket-eco-ardence-seni-arca-4
Sumber Gambar: Facebook
vocket-eco-ardence-seni-arca-7
Sumber Gambar: Facebook

Rata-rata netizen berkongsikan komen mahu kereta Honda tersebut dibiarkan terletak begitu sahaja kerana ia kelihatan cantik dan unik seperti ‘seni arca’ yang melengkapi pada lanskap tersebut.

vocket-eco-ardence-seni-arca-9

vocket-eco-ardence-seni-arca-11

vocket-eco-ardence-seni-arca-12

vocket-eco-ardence-seni-arca-13

Siapa sangka asalnya kereta sebut mengalami kemalangan, ia telah menarik minat orang ramai untuk menjadikan kereta tersebut sebagai ‘arca seni’ di lanskap tersebut.

Baca lagi artikel-artikel pilihan pembaca The Vocket pada minggu lalu melalui pautan di bawah.

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa

‘Frontliners’ Hilangkan Rasa Penat Dengan Minta Kereta ‘Tarik’ Selepas Pemeriksaan Di Pos Kawalan