Semalam kecoh di media sosial di mana tular satu kiriman di laman Facebook rasmi MABA mengenai isu bendera Malaysia yang salah ditayangkan di skrin ketika berlangsungnya perlawanan sukan Basketball Malaysia (MABA) di Stadium MABA, Kuala Lumpur.

Terkini, tular pula satu gambar yang memaparkan seorang pemain dikatakan memakai jersi wakil daripada Perak. Namun, jersi tersebut kelihatan pelik kerana bendera yang melambangkan negeri tersebut dipercayai terbalik warnanya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Penularan gambar ini mendapat perhatian ramai netizen selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Amar Izzuden.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut telah dipadam dari Facebook rasmi MABA. Namun, dilihat beberapa netizen sempat screenshot gambar tersebut di Facebook Story laman rasmi itu.

Rata-rata netizen dilihat mengecam keras di atas ‘kesilapan’ kedua MABA dan turut meluahkan rasa kecewa mereka di ruangan komen perkongsian tersebut.

https://twitter.com/nadzrintawil/status/1199261813029797888

https://twitter.com/aleffeiman/status/1199359850246897665

https://twitter.com/jejaringlabah2/status/1199357538371661824

Isu yang tular ini turut menarik perhatian penyanyi popular tanah air iaitu Adibah Noor yang turut tampil melahirkan kebimbangan beliau terhadap ‘kesilapan’ ini melalui akaun Twitter rasmi miliknya.

Semalam, kecoh di media sosial Facebook apabila Malaysian Basketball Association (MABA) diserang netizen gara-gara ‘silap’ pamer bendera Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Laman Facebook MABA Diserang Netizen Kerana ‘Silap’ Pamer Bendera Malaysia

Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara

Perlukah Kita Malu Sekiranya Warga Asing Lebih Tahu Tentang Malaysia?