Baru-baru ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu kereta towing memandu di bawah jambatan telah mengundang kerisauan netizen apabila muatan di atasnya, sebuah Mercedes-AMG GLC 43 telah tersangkut di bawah jambatan berketinggian 2.1 meter.
Semasa kereta towing itu tersangkut, pemandu telah turun daripada kenderaan dan melihat situasi dari belakang keretanya. Kemudian dia masuk semula ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan.
Tindakan pemandu itu membuat penonton video berasa ‘ngilu’ apabila melihat bahagian bumbung kereta SUV Mercedes-AMG yang berharga lebih RM400,000 itu dipercayai bergesel sehingga bersagat dengan permukaan bawah jambatan tersebut.
Ada sebahagian netizen melontarkan cadangan supaya mengempiskan angin tayar kereta towing dan Mercedes-AMG itu bagi memudahkan urusan mengundur kenderaan dan dapat mengelakkan kereta SUV itu bergesel sehingga bersagat.
Dalam pada itu, ada seorang pengguna Instagram menyatakan laluan tersebut bukanlah satu ‘jalan’, sebaliknya pihak KTMB memberi kebenaran kepada orang awam menggunakan laluan tersebut untuk dijadikan ‘jalan’ bagi memudahkan urusan penduduk setempat keluar masuk kawasan berkenaan.
Menerusi satu ciapan Twitter, pada awal bulan ini ada sebuah lori turut menjadi ‘mangsa’ di bawah jambatan itu apabila kontena di belakang lori terbabit tersangkut tidak lepas untuk keluar sepenuhnya.
Ada lori sangkut bawah terowong Sg Tangkas dekat stesen komuter UKM.
-8 Ogos 2020- #BandarBaruBangi#Kajang#terowong #UKM pic.twitter.com/eCNfWYaMzu— FaisalAbdulRahim (@fayasodlam_007) August 8, 2020
Kemaskini 29 Ogos 2022, 12:48 tengah hari — Pemilik Mercedes-AMG GLC menyatakan bahawa keretanya tidak mengalami sebarang kesan sagat disebabkan insiden tersebut. Beliau turut memuji hasil kerja baik yang dilakukan oleh kedai coating itu.
No worries bang, diorang buat kerja memang tip top, tak calar pon atas tu https://t.co/nLLeH967fZ pic.twitter.com/f4zsKO3Pek
— HOOPLAAA (@Syahmipachee) August 27, 2022
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Seorang peniaga ikan patin bingung apabila mendapat saman walaupun van polis melanggarnya dari belakang. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Tuduh Jurujual Mahu Untung Lebih, Wanita Ini Samakan Honda Miliknya Dengan ‘Civic Type R’
Kereta Kebal ATM Gagal Berfungsi Berjaya Dialihkan Dalam Tempoh Satu Jam