Sudah menjadi lumrah di mana manusia akan berikhtiar untuk berubat sekiranya diserang dengan penyakit. Terkadang penyakit misteri yang menimpa telah mendesak seseorang untuk mendapat pelbagai altenatif yang ada dalam usaha untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi.

Menerusi perkongsian TikTok @chumibakarmua, wanita ini mendedahkan kaedah yang digunakan oleh seorang ustaz di ustaz di Kuala Terengganu yang mendakwa mampu merawat individu yang mengalami gangguan disebabkan jin.

Di sebalik rawatan dan ikhtiar yang dilakukan, kaedah rawatan ustaz ini dilihat sedikit berbeza di mana menggunakan senapang mainan yang dinyalakan serta dihalakan pada badan pesakit.

@chumibakarmua

orang sedap bercakap tp orang x kene atas batang hidung sendiri.. Alhamdulillah setelah hampir setahun berubat dengan ustaz raffi @KOLEKSI MISTERI

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

@chumibakarmua

Replying to @Apiz mohd ketawa lah korang selagi Allah bg kesihatan zahir dan batin sihat semoga semua sihat2 selalu aamin

♬ original sound – chumibakar – chumibakar

Perkongsian video yang tular ini telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang mengakui kaedah ini mampu menyembuhkan pesakit.

Selain itu, terdapat juga netizen yang pelik bagaimana senapang mainan mampu menyembuhkan pesakit yang mengalami masalah melibatkan gangguan jin.

Sumber: TikTok @chumibakarmua
Sumber: TikTok @chumibakarmua
Sumber: TikTok @chumibakarmua
Sumber: TikTok @chumibakarmua

Tidak kurang juga yang memaklumkan akan ketawa sekiranya berada di tempat berkenaan kerana berpendapat situasi yang berlaku sangat lucu.

Video yang tular ini telah meraih lebih 2 juta tontonan di TikTok serta hampir 6,000 komen di TikTok yang tampil dengan persoalan berbeza mengenai kaedah rawatan yang dilakukan.