Sebelum ini tular video menunjukkan seorang wanita mengamuk di sebuah 7-Eleven apabila dikatakan seorang pekerja di kedai berkenaan didakwa ‘menuduh’ anak kepada wanita ini mencuri.

Terbaharu, tular pula video memaparkan wanita terbabit bersama anaknya membuat ‘review’ makanan di sebuah kafe di Terengganu. Video tersebut telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial dan menjadi perhatian orang ramai.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://twitter.com/AyamAcc/status/1500083985049092104

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa pelik kerana kafe tersebut telah memanggil wanita terbabit untuk membuat review sedangkan terkenal disebabkan tingkahlaku yang ‘biadab’.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan tidak seharusnya mereka yang viral kerana benda tidak bermanfaat dianggap sebagai ‘influencer’. Malah, Ceddy yang merupakan antara ‘food review’ turut bergurau mengatakan bahawa selepas ini pasti dirinya susah mahu cari makan.

https://twitter.com/meya_sara/status/1501061938901819392

Segelintir netizen turut telah meninggalkan ‘bad review’ di Google sebagai tanda boikot kafe tersebut yang mengambil keputusan memanggil wanita itu membuat review makanan.

Tidak hanya itu, para netizen juga meninggalkan komen di Instagram kafe tersebut. Ada juga yang mendakwa bahawa video tersebut sebenarnya video lama dan hanya dikongsi kembali. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada kafe tersebut berhubung isu itu.

Bagi anda yang terlepas berita kenapa wanita ini viral, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen

Diminta Dedahkan Rakaman CCTV ‘Tuduhan’ Mencuri, Ini Respon Daripada Pengurus 7-Eleven