Seorang YouTuber dari UK bersama pasangannya telah ditangkap oleh polis trafik di Malaysia kerana memandu melebihi had laju.

Dan netizen percaya bahawa pegawai polis trafik tersebut baru sahaja meminta duit kopi atau rasuah daripada pasangan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mereka yang merupakan pemilik saluran TREAD The Globe telah meluangkan masa mereka memandu di sekitar jalanraya di Malaysia.

Kemudian mereka mendapati ada polis trafik mengarahkan mereka berhenti.

Pegawai polis itu menjelaskan bahawa van yang mereka pandu itu pada kelajuan 80 kmj yang sudah melepasi had laju 60 kmj.

Pemandu wanita tersebut menyatakan dia tidak nampak sebarang papan tanda memaparkan had laju di jalanraya tersebut.

Polis tersebut menyatakan bahawa dia menyaman pasangan itu. Dan mereka harus menyelesaikannya di balai polis berdekatan.

“Saya buka kertas saman, dan kamu perlu bayar di balai polis,” tegasnya dalam nada mesra.

Wanita itu mengiyakannya tanpa banyak songeh kerana akur dengan peraturan jalan raya di sini.

Dan tiba tiba pegawai itu menyatakan: “Atau kamu bayar di sini.”

Wanita itu berkata: “Terpulang pada kamu, mana satu yang biasanya?”

Polis itu menambah: “Jika kamu bayar di balai polis, RM300.”

Pemandu: “Ok baiklah.”

Polis: “Atau bayar dis ini RM100.”

Wanita itu agak terkejut kerana dia tidak percaya ada cara mudah untuk membayar saman, dan ianya lebih murah: “Oh, kami boleh bayar sahaja di sini?”

Polis itu mahukan kepastian: “Boleh ke?”

Mereka baik baik sahaja dan membayar RM100 kepada pegawai polis itu.

Polis trafik itu dilihat menghubungi sesorang dan berkata, segalanya sudah selesai.

Dan pasangan itu berkata mereka menyambut baik cara pembayaran yang memudahkan mereka itu tanpa perlu pergi ke balai polis.

Namun dia masih tidak pasti sama ada mereka benar benar sudah melanggar had laju yang ditetapkan di situ?

Saksikan video itu bermula pada garis masa ini:

Kejadian yang menimpa YouTuber asal UK itu menarik perhatian netizen dari Malaysia. Dan mereka memberitahu TREAD The Globe bahawa polis itu sebenarnya telah meminta duit kopi – yang salah di sisi undang undang.

Mereka juga mengingatkan: “Jangan sesekali membayar saman di tepi jalan kalau tidak di balaik polis. Kerana semua saman perlu dibayar di balai polis atau menerusi atas talian. Kalau kamu bayar di balai polis, kamu boleh dapat diskaun, tak perlu bayar RM300 tu.

“Polis itu telah meminta suapan. Dia tidak seharusnya meminta sebarang wang daripada kamu. Saya simpati kamu harus melalui situasi ini. Polis yang memalukan.”

Netizen juga menyindir: “Benda ni pasti akan viral, good luck kepada abang polis.”

Ada juga yang mahu tahu sama ada Malaysia sekarang ini sudah ada cara paling pantas untuk menyelesaikan saman dengan murah dan cepat.

Khairul Azri menulis: “Paling menarik sistem terbaru ini bukan sahaja ‘efisien’ semata malah juga mesra alam sekitar bila tidak ada pengeluaran resit saman yang dikeluarkan cukup dengan perkataan ‘settle’ ataupun ‘setel’ barangkali?”