Tindakan pempengaruh media sosial terkenal, yang menayangkan secara langsung siaran Piala Dunia 2026 di platform media sosialnya telah mengundang persoalan dan kritikan.
Ada yang menyifatkan bahawa tindakan Ammar Nazhan itu sangat mementingkan diri sendiri, sedangkan kerajaan Malaysia membeli hak penyiaran tersebut untuk rakyat Malaysia.
Namun dia selamba menggunakannya untuk kepentingan peribadi dan mengejar jumlah tontonan di media sosial yang boleh diakses oleh netizen dari seluruh dunia.
Netizen berkata: “RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia dia buat live tiktok share benda ni untuk satu dunia, gara-gara nak kejar view.
“Semalam sampai 503k tengok live dia. Jangan sampai kena saman dengan FIFA atau RTM dah la.”
RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia dia buat live tiktok share benda ni 1 dunia, gara-gara nak kejar view.
Semalam sampai 503k tengok live dia. Jangan sampai kena saman dengan FIFA atau RTM dah lah 😅 pic.twitter.com/YhrvBjqUDh
— kamaghul deghaman (@kamaghul) July 1, 2026
Netizen kemudian ingin tahu, sama ada RTM atau Unifi yang memegang hak penyiaran Piala Dunia 2026 di Malaysia boleh mengambil tindakan perundangan ke atas influencer tersebut?
Yang lain berkata: “Saya harap RTM ambil tindakan ke atas pempengaruh ini. Kerana jika dibiarkan, akan semakin ramai yang mengikut perangai dia. RTM bukan bayar seringgit dua ringgit untuk beli hak penyiaran ini.”
Netizen seterusnya bertanya, jika pempengaruh tersebut ‘lock region’ untuk Malaysia sahaja, boleh kah?
Ianya dijawab netizen lain yang menyatakan bahawa, tindakan tersebut tetap tidak boleh kerana ada unsur unsur meraih keuntungan daripada pengewangan [monetization] daripada apa yang dia lakukan dengan tayangan siaran langsung tanpa kebenaran.
still tak boleh kalau dia dapat untung dari ni (monetary or future leverage)
— max verstappen with moustache (@moustappen) July 1, 2026