Setiap umat Islam wajib mendahulukan makanan dan minuman yang dijual adalah ‘halalan toyyiban’.
Bagaimanapun bagi sesuatu perniagaan mahu mendapatkan pengiktirafan ‘halal’ daripada pihak berkuasa, ianya bukanlah satu perkara yang mudah.
Baca Juga:
- Khairul Aming Hanya Ambil 3 Minit 39 Saat Untuk Jual 80,000 Dendeng Nyet Berapi Mencecah RM1.19 Juta
- ‘Khairul Aming ‘Storyteller’ Genius’ – Kru Terlibat Dedah Sebab Kejayaan Dendeng Nyet Berapi
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Ada banyak perkara dan syarat yang perlu dilepasi, sebelum layak menerima sijil halal tersebut.
Terbaharu, pengasas Rasapop Sdn. Bhd., Khairul Aming menjelaskan mengapa pihaknya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan sijil halal.
Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by KKM. yang ni makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion etc. but… https://t.co/eQ9o33ef6y pic.twitter.com/zIJMJb6Nhe
— Khairulaming (@khairulaming) February 18, 2024
Menurutnya, beliau memang sudah ada perancangan untuk mendapatkan sijil halal. Bagaimanapun ada langkah yang lebih penting untuk dipenuhi terlebih dahulu.
“Satu persatu dulu. Pertamanya, dapatkan sijil MeSTI untuk pastikan kilang bersih dan selamat disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Perkara ini makan masa 2 tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. Bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, pembelian mesin, proses renovasi, pengembangan kilang dan sebagainya.
“Tapi alhamdulillah KKM banyak bagi tunjuk ajar selama dua tahun lebih ini dan kita baru sahaja dapat sijil MeSTI pada 31 Januari 2024, dua hari sebelum Dendeng Nyet Berapi dilancarkan,” ujar Khairul Aming.
Menerusi hantaran X.com Khairul Aming selepas berjaya mendapatkan sijil MeSTI, beliau akan memohon sijil Halal, diikuti sijil Good Manufacturing Practice (GMP) dan sijil Hazard Analysis & Critical Control Point (HACCP).
Jelas beliau, dengan memiliki keempat-empat sijil tersebut, barulah syarikatnya boleh menyasarkan untuk mengeksport produk-produk ke luar negara selepas ini.
Tambah Khairul Aming lagi, strategi itu telah dirujuk dengan semua pihak berkenaan untuk memastikan semua proses berjalan lancar.
Pengasas produk Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi itu akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada orang ramai pada masa akan datang.