Seorang sifu bisnes, Saifullah Suratmin telah mempertahankan tindakan Khairi yang meniru Sambal Nyet yang merupakan produk Khairul Aming.

Baru baru ini Khairul Aming telah menegaskan pihaknya sudah menghantar surat LOD kepada Khairi selepas mendapati produk mereka diciplak.

Baca Juga:

Sehingga ada pelanggan yang terkeliru dan terbeli produk tersebut.

Namun begitu, sifu yang juga pempengaruh media sosial ini mempertahankan tindakan meniru produk tersebut. Baginya tidak ada masalah meniru produk seseorang, asalkan tidak menipu orang lain.

Dalam hujahnya, lelaki tersebut berkata: “Salahkah Buat Sambal Nyet Khairi (Atau Sambal Nyet Lain)?”

“Jawapannya tidak salah. Inilah perkara yang betul dibuat, dan sebenarnya cara yang dia buat ini adalah cara bagaimana banyak brand antarabangsa ditiru.
Tak percaya?

ASADI
ADIDAS
PENSONIC
PANASONIC

“Dan banyak lagi, kita cuma tak perasan. Apa yang dibuat oleh Sambal Nyet Khairi ini betul-betul fokus kepada spilover brand khairul aming.
Kalau ingat, colgate selalu letak amaran dalam iklannya.

“BACA LABEL SEBELUM BELI”

“Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul.

“Jangan keliru dengan membuat perkara betul dengan membuat perkara beretika. Betul tidak semestinya beretika. Betul kerana apa yang dia buat, itu betul-betul buat duit. Tidak beretika, itu hal lain.

“Bayangkan kalau sambalnya itu, sama sedap atau lebih sedap dari sambal asli. Namanya terus naik.

“Pengajaran dari perkara ini ialah, “go to hell with originality”. Apa salah meniru? Kita semua belajar dengan meniru. Kononlah idea kita “authentic” atau asli sangat. Padahal bisnes kita pun banyak cedok sana dan cedok sini.

“Kalau dia cakap itu sambal Khairul Aming, itu salah. Tapi dia cakap itu bukan sambal Khairul Aming.

“Siap bagi nota terima kasih lagi. Tak salahlah meniru, yang salah menipu.”

Sudah tentunya hantaran beliau mendapat kritikan. Kerana ramai tidak dapat menerima nasihatnya itu. Namun lelaki tersebut masih ada hujah tersendiri. Dia membuat perbandingan, dalam bersolat dia turut meniru cara orang lain bersolat.

Begitu juga ketika berdoa dan mengaji di mana dia turut meniru apa yang dillakukan orang lain.

Sambil menyatakan dia sendiri mendapati produknya banyak ditiru oleh orang lain, namun dia ok sahaja kerana sekarang ini dunia pasaran terbuka.

Saifullah turut bermurah hati memberikan tips kepada mereka yang mahu membuat bisnes sambal.